Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasuh didakwa sebabkan kematian kanak-kanak

-

PETALING JAYA: Seorang pengasuh muda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan dengan niat menyebabka­n kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika dalam jagaannya di sebuah pangsapuri di Sungei Way, di sini, pada 14 Mac lepas.

Tertuduh, Gloria Erren Liwie, 23, yang berasal dari Sarawak, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Dia didakwa dengan sengaja menyebabka­n kematian kanak-kanak itu antara jam 1 petang hingga 4 petang di Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri, Sungei Way.

Pendakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang mem- peruntukka­n hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V. V. Suloshani tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff, memohon mahkamah membenarka­n anak guamnya diikat jamin atas alasan dia mempunyai seorang bayi berusia 11 bulan.

Mahkamah membenarka­n jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain tertuduh dilarang mengganggu saksi dan keluarga mangsa sehingga kes selesai.

Mohamad Kamil turut mengarahka­n tertuduh melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan menetapkan 24 April depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum i ni melaporkan, ketika kejadian itu, kanak- kanak malang tersebut didapati tidak sedarkan diri ketika di bawah jagaan tertuduh dan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.40 petang ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, akibat didera.

Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang dan menetap di Sea Park di sini, dikatakan menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh kira-kira jam jam 1 petang dan mengambil anaknya tiga jam kemudian sebelum mendapati kanak-kanak itu sudah tidak sedarkan diri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia