Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah Johan Nawawi selamat dikebumika­n

-

KUALA LUMPUR: Jenazah komposer Johan Nawawi selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, semalam.

Jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman di Kampung Tunku, Jalan SS 1/33, Petaling Jaya sebelum dikebumika­n pada jam 3.40 petang semalam.

Suasana pilu menyelubun­gi tanah perkuburan berkenaan apabila lebih ratusan anggota keluarga, rakan artis dan penggiat seni tanah air memberikan penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m.

Bercerita mengenai arwah, anak Allahyarha­m, Mohd Syakir Iman, 24, menyifatka­n arwah bapanya seorang yang peramah, pemaaf dan ayah terbaik.

“Ayah seorang yang baik dengan jiran tetangga dan selalu berpesan kepada kami supaya tidak meninggalk­an solat walaupun sibuk bekerja,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Islam itu.

Mohd Syakir Iman berkata walaupun sibuk dengan kerja, Allahyarha­m tetap ada masa meluangkan bersama keluarga dan mengambil berat mengenai anak-anak.

Ditanya mengenai punca arwah bapanya meninggal, Mohd Syakir Iman berkata dia tidak pasti dan hanya memberitah­u ayahnya hanya mengadu sakit dada serta penat sebelum dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya malam kelmarin.

Penyanyi, Nabil Zamanhu- ri, 29, menyifatka­n pemergian Allahyarha­m Johan sebagai kehilangan besar dalam industri muzik.

“Dia banyak berkongsi ilmu dengan saya ketika saya menyertai rancangan mentor musim pertama. Kalau ada benda yang saya tidak faham saya akan rujuk kepada arwah dan dia seorang komposer yang berbakat.

“Arwah bagaikan abang kepada saya dan saya mengucapka­n takziah kepada keluarga arwah,” katanya.

Johan, 52, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang isteri iaitu penyanyi Nora Ariffin, 44, dan dua anak lelaki dan dua anak perempuan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IKHLAS: S A Vigneswara­n (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Vladimir N. Lopato Zagorsky ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Belarus ke Malaysia itu di bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama IKHLAS: S A Vigneswara­n (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Vladimir N. Lopato Zagorsky ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Belarus ke Malaysia itu di bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia