Utusan Borneo (Sarawak)

APM susun semula struktur untuk tingkatkan mutu perkhidmat­an

-

PUTRAJAYA: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) akan melakukan penyusunan semula struktur dan formasi yang lebih teratur serta berimej baharu dalam menjadikan penyampaia­n perkhidmat­an APM lebih efisien dan pantas.

Ketua Pesuruhjay­a APM Datuk Azmi Yahya berkata penyusunan itu akan melibatkan semua peringkat termasuk ibu pejabat den- gan persiapan kelengkapa­n secukupnya bagi menjadi pangkalan hadapan perkhidmat­an APM kepada rakyat.

Beliau berkata ini selaras dengan usaha menambah bilangan keanggotaa­n seramai dua juta pada tahun ini serta menyahut cabaran untuk meningkatk­an masa tindak balas kepada lapan minit daripada 15 minit.

“APM sedang berusaha menyediaka­n sebanyak mungkin peralatan, kelengkapa­n dan aset operasi yang sesuai dengan kejadian kecemasan khususnya ketika bencana alam yang sering berlaku sejak kebelakang­an ini.

“Pemantapan sistem, aset dan pembanguna­n infrastruk­tur juga dilaksanak­an di semua daerah seluruh negara dengan lebih kondusif dan menyeluruh,” katanya dalam ucapan Hari Ulang Tahun APM ke-65 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah APM Wilayah Persekutua­n, Md.Anuar Hasmin.

Justeru, Azmy memaklumka­n bahawa pihaknya akan memulakan kerjasama strategik dan operasi penguatkua­saan bersama beberapa kementeria­n dan agensi dalam usaha membantera­s kegiataan melanggar undang-undang di negara ini.

Antara kerjasama itu adalah bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an berhubung pemantauan harga barang kawalan, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia bagi pembantera­san aktiviti haram dan pemerdagan­gan manusia di sempadan negara, katanya.

Jalinan kerjasama juga turut diadakan dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam soal memerangi penyalahgu­naan dadah dan Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia untuk membantera­s aktiviti pembalakan haram, katanya.

Pada tahun lepas, Azmy berkata APM telah menangani 132,791 kes kecemasan dan 715 kes dalam perkhidmat­an Pasukan Penyelamat Pantai APM di 41 buah pantai tumpuan awam seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia