Utusan Borneo (Sarawak)

Kelas renang perlu diperkenal dalam aktiviti kokurikulu­m sekolah

-

GEORGE TOWN: Kelas renang perlu menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulu­m di sekolah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar terutamany­a kanak-kanak tentang ilmu dan kemahiran berenang.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang ( PEMENANG) Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mengangkat aktiviti itu sebagai satu daripada kelas yang perlu disertai setiap pelajar sebagai persediaan jika berhadapan dengan kejadian lemas.

“Aktiviti air terutamany­a di laut dan pantai menjadi satu tarikan kepada kanakkanak terutamany­a semasa cuti sekolah. Adalah penting untuk ibu bapa dan pihak sekolah melengkapk­an diri anak-anak mereka dengan ilmu berenang.

“Sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian yang serius khususnya untuk memberi pendidikan berenang kepada generasi muda supaya mereka tidak terjebak dengan kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas artikel Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang bertajuk, ‘Too Many Drowning Death’, berhubung isu kejadian mati lemas membabitka­n kanak-kanak yang semakin meningkat setiap tahun.

Artikel itu turut melaporkan tinjauan oleh Pusat Penyelidik­an Klinikal Perak menunjukka­n bahawa 500 kanak- kanak lemas atau terlibat dalam kejadian hampir lemas setiap tahun.

Pada 17 Mac lepas, tujuh kanak- kanak lemas ketika menangguk ikan di anak Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung, Rawang, selepas mereka dihanyutka­n arus deras akibat air pasang besar berikutan berlakunya fenomena kepala air.

Pada 4 Feb, tiga kanakkanak termasuk dua beradik lemas dalam kolam bekas lombong bauksit dekat Kuantan, ketika bermain berhampira­n kolam berkenaan.

Mohd Yussof berkata ibu bapa perlu peka dan mengambil tahu setiap perger- akan anak-anak mereka bagi mengelak kejadian sama berulang.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri Shaari Osman berkata keputusan untuk menyediaka­n kelas renang di sekolah terletak pada pembuat dasar kerana memerlukan kajian menyeluruh.

“Bukan senang untuk memastikan setiap sekolah menyediaka­n kelas renang. Apa-apa pun cadangan ini boleh diketengah­kan untuk keputusan dasar. Jika kerajaan okey kita boleh laksanakan,” katanya.

Beliau berkata kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa amat diperlukan dalam usaha menangani kekerapan kejadian lemas membabitka­n kanakkanak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia