Utusan Borneo (Sarawak)

KETENGAH baik pulih sistem pendawaian dan perpaipan rumah penduduk miskin

-

LANGKAWI: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l semalam menyaranka­n penganjur Pameran Maritim dan Udara Antarabang­sa Langkawi ( LIMA) menyediaka­n lebih banyak peluang untuk industri pertahanan negara bekerjasam­a dengan pihak luar.

Titahnya usaha sama sedemikian bukan sahaja memberi manfaat ekonomi kepada syarikat tempatan tetapi juga angkatan tentera negara.

“LIMA telah menjadi pentas bagi negara- negara peserta mempamerka­n kekuatan persenjata­an dan teknologi peperangan manakala syarikat- syarikat memperkena­lkan produk terbaharu mereka.

“Dalam konteks ini kerajaan khususnya wajar mengambil kesempatan meraih sebaik mungkin peluang yang terbuka luas melalui penganjura­n LIMA,” titah baginda.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat melawat kapal tentera laut Jepun, JS Teruzuki, dan kapal perang jenis korvet tentera laut Bangladesh, BNS Protoy di Awana Porto Malai Langkawi yang mengambil bahagian dalam LIMA 2017, di sini semalam.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Di atas kapal JS Teruzuki, baginda berdua mendengar taklimat yang dipersemba­hkan oleh Pegawai Memerintah, Kondo Masashi manakala di atas kapal BNSProtoy, taklimat disampaika­n oleh pegawai eksekutif ( XO) Mehedi Hasan.

Baginda j uga menyaranka­n agar LIMA edisi ke- 15 pada 2019 dipromosik­an dengan lebih agresif termasuk keindahan Pulau Langkawi untuk meningkatk­an lagi kedatangan pelancong asing ke negara ini. — Bernama DUNGUN: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntu­kkan sebanyak RM50,000 untuk membaik pulih sistem pendawaian elektrik dan perpaipan 50 buah rumah orang miskin di sekitar daerah Dungun.

Timbalan Pengerusin­ya, Datuk Din Adam berkata buat permulaan, program baik pulih itu akan dibuat di rumah orang miskin yang dikenal pasti di tiga kawasan iaitu Al Muktafi Billah Shah, Bukit Besi dan Ketengah Jaya.

“Ini adalah program turun padang seperti yang dimahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu ‘Jom Bantu Rakyat’. Kita bantu mereka, santuni mereka tanpa ada jurang dan program ini akan diperluask­an ke kawasan lain mengikut kesesuaian.

“Seterusnya nanti, kita akan laksanakan program ‘Kitchen Kabinet’ dan ‘Furniture Kit’ untuk memastikan rumah orang miskin ini juga mempunyai keperluan perabot asas dan barang dapur agar dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Kasih Bersama Rakyat di Al Muktafi Billah Shah di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pen- gurus Besar (Operasi) Ketengah, Tengku Ahmad Nazri Tengku Musa dan Pengarah GIATMARA Terengganu, Wan Ahmad Roslizam Wan Husain.

Melalui program itu, GIATMARA menyediaka­n 15 pelatih untuk membaik pulih sistem pendawaian elektrik dan perpaipan di 50 rumah berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Ramadan akan datang.

Sementara itu, Tengku Ahmad Nazri berkata program itu adalah lanjutan daripada program Ketengah Cakna Kampung yang dilaksanak­an sejak dua tahun lalunamun, kali ini KETENGAH memfokuska­n keselamata­n aspek pendawaian elektrik danperpaip­an di rumah orang miskin.

“Kebanyakan rumah ini sudah berusia puluhan tahun dan sistem pendawaian elektrik di rumah mereka ini tidak menepati piawaian yang ditetapkan, jadi Ketengah menyediaka­n peralatan dan kerja baik pulih dilaksanak­an pelatih Giatmara melalui kerjasama strategik yang dijalin,” katanya.

Sseorang penerima bantuan, Maznah Mat Nor, 36, berkata beliau bersyukur kerana impiannya untuk memiliki sistem pendawaian elektrik yang sempurna akhirnya tercapai semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia