Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA sasar nilai jualan My Best Buy meningkat kepada RM400,000 tahun ini

-

MELAKA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menyasarka­n peningkata­n jumlah nilai jualan usahawan di bawah Program My Best Buy kepada kira-kira RM400,000 tahun ini berbanding RM316,063 tahun lepas.

Pengarah FAMA Melaka Mohd Nawi Othman berkata peningkata­n jumlah nilai jualan berkenaan selaras dengan kekerapan penganjura­n program tersebut iaitu sebanyak 45 kali sepanjang tahun ini berbanding 36 kali tahun lalu.

Beliau berkata jumlah usahawan yang menyertai Program My Best Buy pada tahun ini juga dijangka meningkat kepada 40 orang berbanding 30 usahawan sedia ada.

“Pada tahun lepas jumlah nilai jualan My Best Buy meningkat kepada RM316,063 berbanding RM128,535 pada tahun 2015 dan jumlah kekerapan penganjura­nnya juga meningkat daripada 21 kali pada tahun 2014 kepada 36 kali tahun lepas.

“Jadi kita dapat lihat peningkata­n jumlah nilai jualan bagi program ini menunjukka­n ia mendapat sambutan yang cukup baik daripada rakyat di negeri iniyang prihatin dalam mendapatka­n barangan keperluan pada harga yang lebih rendahberb­anding harga pasaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program My Best Buy di sini, semalam.

Beliau berkata pada tahun ini, program berkenaan akan diadakan di 10 lokasi di sekitar negeri ini termasuk di Pejabat FAMA negeri dan Wisma Negeri di AyerKeroh, Pusat Transforma­si Bandar di Jalan Hang Tuah dan beberapa universiti di negeri ini antara jam 8.30 pagi hingga 4 petang.

Katanya lebih 50 produk daripada pelbagai kategori termasuk produk segar, proses, ternakan, makanan, minuman, karavan tani, ladang kontrak akan dipasarkan­pada program berkenaan dengan harga lebih murah iaitu antara lima hingga 20peratus berbanding harga pasaran.

“Matlamat utama program ini adalah mengurangk­an perbelanja­an isi rumah melalui penawaran produk hasil pertanian pada harga yang berpatutan dankompeti­tif,” katanya.

Seorang pengunjung, Jamaliah Johari, 44, dari Ayer Keroh berkata program berkenaan memberi ruang kepada pengguna untuk mendapatka­n barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak dan telur ayam pada harga yang lebih murah berbanding di tempat lain.

“Harga yang ditawarkan lebih murah dan baranganny­a berkualiti dan segar kerana kita dapat membeli secara terus daripada peruncit dan pemborong. Saya memang selalu datang ke program ini untuk membeli barangan keperluan dan ia menjimatka­n,” kata suri rumah itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENINGKATA­N JUALAN: Mohd Nawi (kanan) meneliti buah-buahan yang dijual pada Program ‘My Best Buy’ di pejabat FAMA Melaka, semalam.
— Gambar Bernama PENINGKATA­N JUALAN: Mohd Nawi (kanan) meneliti buah-buahan yang dijual pada Program ‘My Best Buy’ di pejabat FAMA Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia