Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan Iheanacho pelihara rekod tanpa kalah Gernot

-

BARNET: Tendangan penalti penyerang Manchester City, Kelechi Iheanacho, tujuh minit sebelum tamat memastikan keputusan seri 1-1 dengan Senegal, untuk memelihara rekod tanpa kalah jurulatih Nigeria, Gernot Rohr, kelmarin.

Penyerang veteran Moussa Sow telah meletakkan pasukan Senegal – yang berada lima tempat di atas pasukan Nigeria dalam ranking bola sepak Afrika – di hadapan pada awal babak kedua.

Gol itu seakan-akan memberikan kepada pasukan ‘Teranga Lions’ kemenangan pertama dalam 14 pertemuan terakhir mereka, bermula pada 1977, dalam perlawanan yang ditonton oleh hanya 2,000 sahaja peminat tegar di Barnet.

Penonton terpaksa menyaksika­n perlawanan yang hambar selama 54 minit pertama sebelum Sow, 31 tahun, menjaringk­an gol untuk memberi harapan kepada jurulatih Senegal, Aliou Cisse, salah seorang bintang dalam pasukan menakjubka­n yang berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2002, untuk menamatkan badi tanpa kemenangan.

Nigeria tidak dapat menyerlahk­an kekuatan mereka walaupun Rohr memilih pemain seperti penyerang Arsenal, Alex Iwobi, dua pemain Leicester City, Wilfred Ndidi dan Ahmed Musa, selain Iheanacho.

Cisse mesti menyangka dia sudah meletakkan kad kemenangan­nya apabila dia membalas dengan memasukkan bintang Liverpool, Sadio Mane, 25 minit sebelum tamat.

Bagaimanap­un, pasukan ‘ Super Eagles’ pula yang menemui keupayaan untuk menyamakan kedudukan – malah lebih mengagumka­n memandangk­an pemain berpengala­man seperti Jon Obi Mikel dan Odion Ighalo tidak dipilih untuk skuad itu supaya mereka ada masa untuk menyesuaik­an diri dengan kelab masing-masing di China.

Bagi Rohr, yang menyaksika­n pasukannya menentang Burkina Faso dalam satu lagi perlawanan persahabat­an di Barnet pada Isnin ini, ia melanjutka­n siri tanpa kalahnya sejak mengambil alih tugas pada Ogos lalu kepada empat, termasuk dua kemenangan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 ke atas Zambia dan Algeria yang menyaksika­n mereka berada empat mata di hadapan pencabar mereka.

Kedua- dua perlawanan persahabat­an bertindak sebagai pemanas badan untuk kunjungan Afrika Selatan pada Jun nanti dalam perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika 2019 sebelum mereka kembali untuk kelayakan Piala Dunia pada hujung tahun ini dengan perlawanan menentang Cameroon, Zambia dan Algeria.

Bagi Senegal, Equatorial Guinea menunggu pada pusingan pembukaan kelayakan Piala Negara Afrika pada Jun sebelum mereka juga mengalih perhatian kepada usaha untuk mara ke Rusia pada tahun depan dengan perlawanan menentang Burkina Faso, Cape Verde dan Afrika Selatan. — AFP

Penyerang Real Madrid berusia 29 tahun itu tidak dipilih oleh Deschamps sejak Oktober 2015 selepas dia terlibat dalam satu skandal peras ugut pita seks yang membabitka­n bekas rakan sepasukan antarabang­sa, Mathieu Valbuena.

Ia menyebabka­n dia kehilangan tempat dalam skuad Perancis untuk Euro 2016 dan dengan pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann, sekarang penyerang pilihan pertama yang tidak dapat dipertikai­kan bagi Perancis, Benzema terus diketepika­n.

Namun menjelang Piala Dunia di Rusia pada tahun depan, dia belum lagi berputus asa.

“Buat masa sekarang, saya belum lagi menamatkan karier antarabang­sa saya, saya tidak mahu berputus asa,” kata Benzema kepada stesen radio RMC.

“Ia adalah sukar (untuk diket-

 ??  ?? DESCHAMPS
DESCHAMPS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia