Utusan Borneo (Sarawak)

Brazil yakin tiada halangan ke Piala Dunia 2018

Skuad Samba itu menang selesa 4-1 ke atas Uruguay, Messi kembalikan kempen kelayakan Argentina

-

MONTEVIDEO: Brazil membelasah Uruguay kelmarin untuk mencerahka­n lagi peluang mereka bermain di kejohanan akhir Piala Dunia manakala Lionel Messi mengembali­kan kempen kelayakan Argentina yang goyah ke landasan dengan gol tunggal untuk membenam Chile.

Hatrik cantik oleh pemain tengah yang bermain di China, Paulinho, membantu Brazil menewaskan pasukan Uruguay 4-1 di Montevideo untuk hampir memastikan juara dunia lima kali itu akan mendapat tempat di kejohanan akhir di Rusia pada tahun depan.

Pasukan Brazil sekarang mendahului pertanding­an ‘ round- robin’ 10 pasukan dengan kelebihan tujuh mata selepas kemenangan terbaharu mereka.

Empat pasukan teratas dalam carta kedudukan layak secara automatik dan dengan hanya lima pusingan sahaja berbaki, ia memerlukan beberapa keputusan yang luar biasa ganjil untuk menafikan Brazil.

U r u g u a y m e n j a r - ingkan gol pendahulua­n selepas hanya sembilan minit sahaja a p a b i l a PESTA GOL: Paulinho menjaringk­an hatrik pada perlawanan di antara Uruguay dan Brazil di Stadium Centenario, Uruguay. penjaga gol Brazil, Alisson, menjatuhka­n penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani, untuk tendangan penalti.

Cavani bangun dan merembat masuk tendangan penalti melepasi penjaga gol Brazil itu untuk meletakkan Uruguay 1-0 di hadapan.

Namun Paulinho menghasilk­an rembatan kencang 10 minit kemudian, yang m e n c e c a h sudut atas dari jarak 25 ela untuk meny a m a k a n kedudukan 1-1.

Pemain tengah itu kemudian menendang m a s u k rembatan P h i l i p p e Coutinho pada minit ke-51 untuk menjadikan kedudukan 2-1. Superstar Barcelona, Neymar, menambah gol ketiga dengan ‘chip’ cantik pada minit ke- 75 untuk menamatkan cabaran. Paulinho melengkapk­an hatriknya dalam masa kecederaan apabila dia menolak masuk bola hantaran lintang rendah dengan dadanya untuk melengkapk­an persembaha­n yang cemerlang. Uruguay, yang bermain tanpa Luis Suarez yang digantung perlawanan, kekal di tempat kedua dalam carta kedudukan.

Di Buenos Aires, Argentina memulakan perlawanan mereka dengan Chile dalam keadaan yang amat memerlukan tiga mata untuk menghidupk­an kempen mereka.

Dan kapten Messi memenuhi jangkaan pada waktu genting apabila Argentina menebus kekalahan mereka kepada pasukan Chile dalam perlawanan akhir Copa America Centenario pada tahun lepas dengan kemenangan 1-0.

Messi menyempurn­akan tendangan penaltinya pada minit ke-16 selepas pemain pertahanan veteran Chile, Jose Fuenzalida, menjatuhka­n Angel Di Maria dengan satu asakan yang cemerkap.

Pada tahun lepas, Messi begitu kecewa sekali selepas dia gagal menyempurn­akan tendangan dalam penentuan tendangan penalti di Copa America Centenario di New York.

Namun maestro berbadan kecil itu tidak membuat sebarang kesilapan kelmarin apabila dia merembat masuk tendangan penaltinya me- lepasi bekas rakan sepasukan di Barcelona, Claudio Bravo, untuk mengutip tiga mata penting bagi juara dunia dua kali itu.

Kemenangan itu meninggalk­an Argentina di tempat ketiga pada keseluruha­nnya dalam pertanding­an kelayakan 10 pasukan dengan 22 mata dari 13 perlawanan.

Namun kekalahan itu bermakna Chile, juara bertahan Amerika Selatan sebanyak dua kali, masih bergelut untuk layak ke Rusia.

Pasukan Chile kekal di luar tempat kelayakan automatik.

Colombia, yang layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2014, mencerahka­n peluang mereka untuk layak dengan kemenangan 1-0 ke atas Bolivia di Barranquil­la.

Bintang Real Madrid, James Rodriguez, menolak masuk bola yang melantun balik dari tendangan penalti lewatnya sendiri untuk mengutip mata penuh.

Rodriguez merembat masuk penyudahny­a pada cubaan kedua selepas penjaga gol Bolivia, Carlos Lampe, menyelamat­kan tendangan penalti pemain tengah itu pada minit ke-83.

Sebelum gol kemenangan lewat Rodriguez, ia kelihatan seakan-akan Bolivia sudah melakukan secukupnya untuk mengutip satu mata, dengan bertahan secara mendalam dan mengecewak­an pasukan tuan rumah pada setiap masa.

Namun nasib baik Bolivia berakhir apabila Cristian Coimbra menjatuhka­n pemain sayap Juan Cuadrado dengan cabaran yang cemerkap untuk memberi peluang kepada Rodriguez menikmati kejayaan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? DIKAWAL KETAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Argentina dan Chile di Stadium Antonio Liberti, Buenos Aires Argentina.
— Gambar Reuters — Gambar Reuters DIKAWAL KETAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Argentina dan Chile di Stadium Antonio Liberti, Buenos Aires Argentina.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia