Utusan Borneo (Sarawak)

Masih taruh harapan untuk menyertai skuad kebangsaan

-

PARIS: Penyerang bintang yang dibekukan, Karim Benzema, mahu mengadakan rundingan dengan jurulatih Perancis, Didier Deschamps, mengenai masa depannya pada peringkat antarabang­sa dan kelmarin berkata dia masih menaruh harapan untuk dipanggil semula bermain mewakili negara. epikan) apabila kita bermain dalam kelab yang besar. Bagi saya, saya amat menyukai bola sepak, perlawanan besar. Pasukan kebangsaan bermain dalam perlawanan kelas tertinggi.”

Benzema dibuang dari skuad, bersama dengan Valbuena – mangsa cubaan peras ugut yang didakwa – disebabkan oleh skandal berkenaan.

PadaDisemb­erlalu, mahkamah Perancis menolak permintaan Benzema untuk menggugurk­an siasatan ke atas dakwaan tentang pembabitan­nya dan kes itu mungkin akan dibicaraka­n pada hujung tahun ini.

Penyiasat mengesyaki Benzema bertindak sebagai orang tengah di antara pemeras ugut yang diandaikan, termasuk salah serang rakannya sejak zaman kanak-kanak, dengan Valbuena, pemain tengah Lyon.

“Ia sudah setahun setengah sejak saya bermain untuk Perancis, ia menyakitka­n. Saya mendapati ia tidak adil kerana saya belum menerima penjelasan,” kata pemain yang sudah 81 kali bermain mewakili negara, dan sekali lagi mendakwa dia tidak bersalah.

“Apa yang saya inginkan adalah untuk mengadakan perbincang­an dengan jurulatih, sama ada untuk itu (siasatan yang sedang dijalankan) atau perkara lain.”

Benzema berkata dia kali terakhir bercakap dengan Deschamps menjelang hujung musim lepas.

“Dia memberitah­u saya, dia tidak akan memilih saya. Ketika itu, saya tidak memerlukan sebarang penjelasan yang lebih daripada itu.

“Sekarang, selepas membuat renungan, saya ingin dia menjelaska­n kenapa ia masih begitu – saya bertanyaka­n perkara itu kepada diri sendiri setiap hari.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia