Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan tunggal berikan China sinar harapan Tandukan Yu Dabao berjaya melepasi benteng pertahanan kental Korea Selatan untuk menang 1-0

-

DOHA: China bimbingan Marcello Lippi mengejutka­n Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia yang diselubung­i ketegangan politik kelmarin untuk memberi sinar harapan kepada diri mereka sendiri bagimenyer­taikejohan­anpada tahun depan di Rusia.

Yu Dabao membongkok tanpa dijaga untuk menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-34, yang mencetuska­n perayaan apabila China mencatatka­n kemenangan pertama mereka pada peringkat kelayakan kumpulan terakhir.

Gol Yu merupakan jaringan pertama China pada peringkat kelayakan sejak September lalu – merentangi perlawanan bola sepak selama 407 minit – dan memberikan kemenangan kedua mereka ke atas pasukan Korea dalam 32 cubaan.

Perayaan Australia pula tidak begitu meriah apabila mereka diikat 1-1 oleh Iraq di Tehran, manakala Syria menewaskan Uzbekistan 1-0 untuk terus berpeluang bermain dalam perlawanan play-off.

Dalam perlawanan lewat di rantau Teluk, Iran menewaskan Qatar 1-0 untuk membuka kelebihan empat mata ke atas Korea Selatan manakala Jepun mengalahka­n Emiriah Arab Bersatu 2- 0 untuk menduduki tempat kelayakan automatik.

China menduduki tempat tercorot dalam Kumpulan A tanpa sebarang kemenangan selepas lima perlawanan, tetapi mereka pasti membiarkan diri untuk menaruh PENJARING TUNGGAL: Yu Dabao meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut. impian bagi kebangkita­n yang ajaib selepas mereka menewaskan pasukan Korea bimbingan Uli Stielike.

Hanya dua pasukan teratas sahaja dalam Kumpulan A dan B memperoleh­i kemasukan automatik ke Rusia 2018, tetapi dua pasukan yang menduduki tempat ketiga akan memasuki siri playoff.

L i p p i , yang mendalangi kemenangan Itali di Piala Dunia 2006, dilantik dengan kos yang tinggi pada Oktober lalu dan China kelihatan lebih mantap apabila mereka menangkis cabaran Korea Selatan dan pada waktu yang sama mencipta siri peluang mereka sendiri. Ekoran kemarahan China dengan tindakan Korea Selatan menggunaka­n sistem pertahanan peluru berpandu yang kontrovers­i, perlawanan itu berlangsun­g di bawah kawalan keselamata­n yang ketat. Namun Yu menggegark­an Stadium Helong di Changsha apabila dia membolosi pertahanan statik Korea Selatan untuk menyungkit masuk tendangan sudut di tiang dekat.

Perlawanan semakin rancak pada separuh masa kedua tetapi Korea Selatan tidak dapat menyempurn­akan sebarang peluang mereka, termasuk tandukan Ji DongWon yang dikeluarka­n dengan cemerlang oleh penjaga gol, Zeng Cheng.

Sementara itu, peluang tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar, untuk layak menerima tamparan yang berpotensi membawa padah apabila mereka ditewaskan 1-0 oleh Iran di Doha.

Jurulatih Qatar, Jorge Fossati, menuduh rakan seja- watan dalam pasukan Iran, Carlos Queiroz, membuat kenyataan yang tidak baik tentang pasukan Teluk itu tetapi perlawanan mereka tidak memenuhi jangkaan apabila kedua-dua pasukan gagal untuk mempamerka­n perlawanan yang menarik.

Bagaimanap­un Iran, yang menewaskan Qatar 2-0 dalam perlawanan pertama di antara kedua-dua pasukan, bertahan dengan baik dan menjaringk­an gol tunggal perlawanan menerusi Mehedi Taremi pada minit ke- 52 selepas menerima bola dari Karim Ansarifard.

Kesengsara­an Qatar diburukkan lagi apabila Syria menjaringk­an gol menerusi tendangan penalti dalam masa tambahan babak kedua untuk menewaskan Uzbekistan di Tashkent.

Igor Krimets mengasari Firas al-Khatib dan Omar Kharbin menyempurn­akan tendangan penalti untuk memberi kemenangan kedua mereka kepada pasukan Syria selepas mereka terdahulu menewaskan China.

Iran sekarang ada 14 mata dari enam perlawanan yang menjamin tempat mereka di Rusia, manakala Korea Selatan menduduki tempat kedua dengan 10 mata dan Uzbekistan mempunyai sembilan mata, dengan Qatar di tempat tercorot dengan empat mata, setelah tewas dalam empat perlawanan mereka setakat ini.

Sementara itu dalam Kumpulan B, Australia perlu menimbang banyak perkara selepas keputusan seri 1-1 dengan Iraq meninggalk­an mereka dengan kerja di hadapan untuk mendapatka­n tempat mereka di Rusia.

Matthew Leckie menjaringk­an gol lima minit sebelum waktu rehat tetapi penyudah Ahmad Yaseen pada minit ke-76 memastikan Australia memperoleh­i keputusan seri keempat dalam enam perlawanan.

Pasukan The Socceroos, sekarang dengan 10 mata, memulakan hari di tempat ketiga dalam Kumpulan B di belakang Arab Saudi dan Jepun, dan menyamakan jumlah mata dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) – yang melawat Sydney pada Selasa ini.

Juga dalam Kumpulan B, Jepun menebus kekalahan mereka pada pusingan pertama kepada UAE dengan kemenangan 2-0 untuk melonjak ke tempat kedua di belakang Arab Saudi.

UAE mencatatka­n kemenangan mengejut 2-1 ke atas gergasi Asia pada pusingan pertama tetapi gol pada minit ke-13 oleh Yuya Kubo meletakkan Jepun di hadapan di Al Ain.

Kubo terlibat dalam aksi sekali lagi pada separuh masa kedua apabila dia menghantar bola lintang kepada Yasuyuki Konno untuk menjaringk­an gol dari sebelah kiri kotak penalti.

Di Bangkok, Mohammed Al Sahlawi dan Salman Almuwashar masing- masing menjaringk­an gol sebelum dan selepas gol jaringan sendiri oleh Tanaboon Kesarat ketika Arab Saudi menewaskan Thailand 3-0 untuk kekal di tempat teratas dalam Kumpulan B berdasarka­n kelebihan gol ke atas Jepun. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SITUASI TEGANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara China dan Korea Selatan di Changsha, China.
— Gambar Reuters SITUASI TEGANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara China dan Korea Selatan di Changsha, China.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia