Utusan Borneo (Sarawak)

Formula Satu: Hamilton berada ‘dalam liga tersendiri’

-

MELBOURNE: Lewis Hamilton dipuji sebagai ‘dalam liga tersendiri’ semalam selepas dia mengatasi pencabarny­a dalam sesi latihan pembukaan pada tahun ini di Grand Prix Australia.

Juara dunia tiga kali itu menguasai litar dan memegang jurang setengah saat ke atas pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, dan rakan baharunya dalam pasukan Mercedes, Valtteri Bottas, dalam sesi petang.

Hamilton dari Britain menyusuli pusingan terpantas yang mendahului pemandu lain dengan catatan masa 1 minit 24.220 saat dalam latihan pagi dengan catatan masa 1:23.620 yang begitu laju pada lewat petang.

Ia kira-kira satu persepuluh saat lebih perlahan daripada rekod Vettel di litar itu, iaitu 1:23.529, yang dicatatkan untuk Red Bull dalam kelayakan sebelum kemenangan­nya dalam perlumbaan pada 2011.

“Hamilton berada dalam liga tersendiri buat masa sekarang,” kata ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff.

“Kelajuan satu pusinganny­a amat bagus dan dia menggunaka­n ‘ ultrasoft’ untuk 17 pusingan dan ia stabil. Saya gembira.”

Ferrari dijangka menekan Hamilton dan pasukan Mercedes selepas masa yang lebih baik dalam ujian pramusim, tetapi seperti yang dibuktikan dalam dua sesi pembukaan, Hamilton sekali lagi menjadi pemandu yang perlu ditewaskan dalam perlumbaan pembuka musim esok (Ahad).

“Saya sangat gembira untuk kembali ke dalam kereta, khususnya selepas hari pertama seperti itu. Ia adalah 99 peratus sempurna,” kata Hamilton.

“Kami telah menunjukka­n prestasi yang baik setakat ini dalam latihan jauh dan dekat, dan kami melakukan setiap pusingan yang kami mahukan. Tayar juga menunjukka­n prestasi yang amat baik pada hari ini.

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memenangi perlumbaan ini.”

Masa Hamilton adalah lebih tiga saat lebih pantas daripada pusingan terbaiknya dalam latihan bebas yang sama pada tahun lepas di Melbourne.

Bottas dari Finland menyesuaik­an diri dengan lancar kepada persekitar­an pasukan Mercedes dengan pusingan terbaik 1:24.176.

“Saya benar-benar merasakan saya dapat mengambil satu langkah ke hadapan esok. Malam ini pasti sibuk bagi kami untuk meneliti semua data dan melihat di mana kami dapat memperbaik­i diri, tetapi ia adalah permulaan yang munasabah,” kata Bottas.

Ferrari meningkat dengan ketara dalam latihan pembukaan mereka, dan Vettel mencatatka­n masa pusingan kedua terbaik dalam FP2 dengan 1:24.167 manakala rakan sepasukan Kimi Raik- konen keempat terpantas dengan 1:24.525.

“Kami sangat gembira dengan ujian – masa kelihatan bagus, tetapi di sinilah ia penting,” kata Vettel.

“Kereta tidak banyak berubah dan ia adalah seronok untuk kembali tetapi kami masih dapat meningkat.”

Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen, ketinggala­n lebih sesaat di belakang Hamilton dan setengah saat di belakang Ferrari yang dipandu oleh Vettel.

“Kami masih dapat lebih daripadany­a. Pagi ini memberangs­angkan tetapi kami mencuba beberapa perkara pada petang ini tetapi ia tidak begitu bagus seperti yang kami jangkakan,” kata Ricciardo, yang mahu menjadi pemenang Aussie pertama dalam tempoh 37 tahun di perlumbaan ini.

“Mercedes ternyata pantas tetapi ia adalah lebih Lewis daripada Valtteri. Saya rasa kami dapat berada di atas sana. Kedudukan utama mungkin keterlalua­n tetapi kami berada dalam kumpulan kecil seterusnya.”

Verstappen tidak menyertai latihan jauh kemudian selepas dia merosakkan lantai keretanya setelah memandu atas batu kerikil di susur keluar selekoh 10. — AFP

 ??  ?? PANTAS: Hamilton berlatih dalam sesi ujian masa di Litar Melbourne di Australia.
PANTAS: Hamilton berlatih dalam sesi ujian masa di Litar Melbourne di Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia