Utusan Borneo (Sarawak)

Cologne tolak tawaran China untuk Modeste

-

BERLIN: Cologne berkata mereka menolak tawaran lumayan sebanyak 50 juta euro (RM240 juta) dari China untuk penyerang Perancis yang prolifik, Anthony Modeste – tetapi mengakui dia mungkin akan berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 28 tahun itu sudah menjaringk­an 22 daripada 37 gol untuk Cologne pada musim ini untuk meletakkan pasukannya di tempat keenam dalam liga utama Jerman.

Kontrak Modeste akan tamat pada 2021 dan naib presiden Cologne, Toni Schumacher, berkata: “Kami gembira kerana kami telah menolak tawaran dari China.

“Mula-mula ia adalah untuk 40 juta, kemudian 50 juta, tetapi dia tidak menimbulka­n keraguan bagi sesiapa bahawa dia mahu kekal bersama Cologne,” kata Schumacher kepada Sky Sport News kelmarin.

Dia tidak menyebut pasukan mana yang telah membuat tawaran itu tetapi laporan menyebut ia adalah kelab Liga Super China, Tianjin Quanjian, yang turut dikaitkan dengan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Schumacher, 63 tahun dan bekas penjaga gol Jerman, berkata dia dapat melihat Modeste berhijrah ke England.

“Dia hanya berusia 28 tahun sahaja dan ia pasti masih terlalu awal untuk pergi ke China,” kata Schumacher.

“Namun saya dapat membayangk­annya pergi ke England dan menggempar­kan suasana di sana.”

Modeste sedang bersaing dengan pemain Borussia Dortmund, Pierre- Emerick Aubameyang, dan pemain Bayern Munich, Robert Lewandowsk­i, untuk menjadi penjaring terbanyak dalam liga Jerman pada musim ini.

Dia menjaringk­an hatrik – hatrik keduanya dalam Bundesliga pada musim ini – ketika menentang Hertha Berlin dalam kemenangan 4-2 pada Sabtu lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia