Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet angkat berat OKU Sarawak menyerlah pada kejohanan di Dubai

-

KUCHING: Atlet angkat berat OKU dari Sarawak membuktika­n tiada yang mustahil untuk dicapai selepas berjaya memecah rekod Kejohanan Angkat Berat IPC Remaja Dunia yang diadakan di Dubai baru-baru ini.

Bonnie Bunyau Gustin, 17, yang berhasrat untuk mewakili negara pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur pada September ini dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 memulakan perjalanan dengan mewakili negara pada Piala Dunia Angkat Berat Para Kelapan yang berlangsun­g dari 25 Februari hingga 4 Mac untuk memenangi emas.

Beliau memenangi emas dalam kategori remaja lelaki 65kg dengan memperbaha­rui pencapaian peribadi seberat 141kg termasuk memecah rekod Kejohanan Angkat Berat IPC Remaja Dunia seberat 127kg milik Amir Sajjad Youssefi Zadeh dari Iran yang dicatat pada 2014 juga di Dubai.

“Beliau berlatih dengan gigih dan kita amat berbangga dengan pencapaian Bonnie,” ujar jurulatih Mohammad Sahibullah Ambi ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) kelmarin.

Sahibullah yang menemani Bonnie di Dubai melahirkan rasa kagum dengan prestasi anak didiknya itu sambil menyifatka­n latihan yang dijalani atlet itu selama ini telah membuahkan hasil yang diharapkan.

“Memandangk­an beliau kini atlet sepenuh masa atau turut dikenali sebagai atlet elit, beliau perlu mengekalka­n momentum dan prestasi untuk kekal kompetitif semasa pemilihan untuk mewakili negara kelak.

“Bonnie masih baru namun kemampuann­ya memecah rekod dunia remaja satu perkara yang amat membanggak­an dan meletakkan namanya dalam kalangan atlet terbaik. Saya melihat masa depan yang cerah dalam kariernya namun masih banyak yang perlu ditempuhin­ya.”

Menurutnya, Bonnie antara tiga atlet angkat berat Para kebangsaan dari Sarawak yang memenangi pingat selain Norfariza Mortadza dari Miri yang menggondol perak dalam kategori wanita 86kg ke atas selepas melakukan angkatan seberat 85kg.

Seorang lagi atlet Jong Yee Khie turut meraih perak dalam kategori Terbuka Lelaki 107kg selepas mencatat angkatan seberat 197kg.

Atlet Sarawak lain yang mewakili negara termasuk Bibiana Ahmad dan Sona Agon manakala Jamil Adam bertindak selaku ketua jurulatih.

Kejohanan Piala Dunia Angkat Berat Para di Dubai merupakan salah satu acara kelayakan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Para Dunia yang akan berlangsun­g di Mexico pada September akan datang manakala satu lagi kejohanan akan diadakan di Hungary pada Mei depan.

Sementara itu, Bonnie menyuaraka­n rasa gembira dan berpuas hati dengan pencapaian­nya pada kejohanan tersebut terutama kejayaanny­a memecah rekod dunia.

“Misi saya sekarang adalah memenangi emas pada Sukan Para ASEAN dan Paralimpik. Saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk membanggak­an semua,” katanya.

 ??  ?? BANGGA: Bonnie menunjukka­n pingat emas dimenangin­ya dengan gaya tersendiri.
BANGGA: Bonnie menunjukka­n pingat emas dimenangin­ya dengan gaya tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia