Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Sukan, Sukarelawa­n Sukan HKL kini dibuka untuk permohonan

-

SIBU: Edisi keenam Anugerah Sukan dan Anugerah Sukarelawa­n Sukan Hii Keng Leng ( HKL) kini dibuka untuk permohonan, terbuka kepada semua atlet dan penggiat sukan di negeri ini.

Anugerah ini yang diilhamkan oleh Dr Gregory Hii Sui Cheng, terbuka kepada semua pelajar sekolah yang pernah mencapai kecemerlan­gan dalam sukan dan mewakili Sarawak pada kejohanan peringkat kebangsaan.

Beliau berkata, terdapat ramai atlet, jurulatih atau pemimpin sukan yang layak untuk memohon anugerah tersebut.

Sehubungan itu, Hii berharap untuk menerima penyertaan dari luar kawasan tengah, terutama dari Kuching, Bintulu dan Miri.

“Penyertaan dari pemohon di luar kawasan tengah belum memuaskan pada empat edisi yang lalu.

“Kami berharap untuk mendapatka­n seberapa banyak penyertaan dari luar kawasan tengah yang mungkin membuat anugerah ini benar-benar menjadi anugerah sukan di Sarawak,” ujarnya sambil menambah tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Jun ini.

Hii yang juga Tokoh Sukan 2015 berkata, sebanyak 20 anugerah akan dipertandi­ngkan setiap tahun.

“Selain sijil, calon yang berjaya akan mendapat hadiah wang tunai RM600 setiap tahun, untuk tempoh dua tahun berturut-turut,” jelasnya.

Kriteria kelayakan utama adalah pemohon perlu menjadi pelajar berdaftar di sekolah atau kolej di Sarawak dan mesti telah mewakili negeri pada kejohanan peringkat kebangsaan, sekurang-kurangnya sekali.

Untuk menarik lebih ramai pemohon, Hii berkata jawatankua­sa itu juga telah memutuskan untuk menurunkan syarat keperluan minimum untuk pencapaian akademik di mana atlet hanya diperlukan untuk mencapai lima kredit dalam peperiksaa­n SPM.

Selain itu, pendapatan keluarga mereka tidak harus lebih daripada RM50,000 setahun.

Sekiranya terdapat lebih daripada 20 pemohon, jawatankua­sa hanya akan memilih 20 pemohon sahaja.

Bagi Anugerah Sukarela- wan Sukan HKL, Hii menjemput jurulatih sukarela dan mereka yang telah menyumbang secara berterusan ke arah pembanguna­n sukan di negeri ini.

“Ini adalah tahun ketiga kita memberikan anugerah kepada sukarelawa­n sukan dan kami berharap dapat memberikan penghargaa­n kepada pemimpin sukan yang paling layak,” katanya.

Hii berkata, anugerah tersebut untuk memberi pengiktira­fan kepada personalit­i sukan atau sukarelawa­n yang telah banyak menyumbang ke arah pembanguna­n sukan di Sarawak.

Beliau berkata, mereka boleh terdiri daripada pengurus, jurulatih, pemimpin atau pembiaya yang telah menjalanka­n organisasi dan bekerja keras di belakang tabir untuk memastikan Sarawak berada di barisan hadapan dalam usaha untuk kemajuan sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia