Utusan Borneo (Sarawak)

35 peserta berjaya ikuti Kursus Jurulatih Sukan Petanque Tahap 1 Kebangsaan

-

BINTULU: Seramai 35 peserta dari Sarawak dan Sabah berjaya menamatkan Kursus Jurulatih Sukan Petanque Tahap 1 Kebangsaan mulai 19 Mac dan berakhir petang kelmarin di Villa Mardiah Resort, di sini.

Kursus tersebut merupakan anjuran Persatuan Sukan Petanque Negeri Sarawak ( PEPSAR) dengan kerjasama Persekutua­n Petanque Malaysia ( PPM) dan Majlis Sukan Negeri ( MSN) Sarawak.

Majlis penutupan disempurna­kan oleh Penolong Setiausaha Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) Latif Upit merangkap Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Jepak yang mewakili Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari.

Turut hadir, Presiden PEPSAR, Othman Mat; Timbalan Presiden PEPSAR, Shamsudin Abd Razak; Setiausaha Kehormat PEPSAR, Janudin Ab Rahman dan Ketua fasilitato­r dari PPM, Jamaludin Ali; Rasit Desa dan Subarao Poliah.

Othman berkata, PEPSAR akan bekerjasam­a dengan MSN untuk menganjur Sukan Sarawak pada Disember tahun ini bagi memilih atlet petanque SUKMA Perak pada 2018.

Justeru, beliau berharap jurulatih yang menyertai kursus itu akan terus melatih atlet masing-masing dengan cara terbaik bagi mengharung­i cabaran tersebut.

Sementara itu, Latif ber- kata lebih ramai jurulatih bertauliah dari Sarawak dalam sukan pentaque akan dapat dilahirkan menerusi kursus seumpamany­a.

Jelasnya, usaha itu adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan petanque terkuat di negara ini, sekali gus mewakili negara di peringkat antarabang­sa.

“Sukan petanque di Sarawak bermula di Bintulu pada tahun 1997 sehingga tertubuhny­a PEPSAR pada tahun itu iaitu negeri kedua selepas penubuhan Persatuan Petanque Negeri Terengganu,” katanya sambil berharap semua persatuan petanque bahagian merujuk kepada PEPSAR sekiranya merancang apa juga aktiviti berkaitan dengan sukan tersebut.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta kursus merakam gambar bersama fasilitato­r dan tetamu kehormat.
UNTUK ALBUM: Peserta kursus merakam gambar bersama fasilitato­r dan tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia