Utusan Borneo (Sarawak)

ERA fm Sarawak bawakan

-

KUCHING: Buat julung kalinya, ERA fm Sarawak bakal menggabung­kan dua selebriti popular sosial media di Malaysia iaitu Ngek Tsai dan Ucoppp dalam sebuah rancangan yang dipanggil Ngek Tsai X Ucopp Show.

Ia juga merupakan kali pertama ERA fm Sarawak bergerak secara digital untuk menyiarkan kandungan yang menggunaka­n sepenuhnya platform digital khas buat pendengar mereka.

Kata Pengurus Besar Astro Radio Sabah & Sarawak, Hafiz Nizamuddin, “Disebabkan permintaan yang tinggi untuk menyaksika­n program-program sebegini disiarkan oleh pendengar ERA fm Sarawak, kami mengambil keputusan untuk menggabung­kan elemen lawak sosial media dengan radio melalui pentas digital yang kami sediakan.

“Apa yang menarik, para peminat di seluruh dunia boleh menyaksika­n rancangan lawak ini tanpa batasan. Jika kebiasaann­ya, mereka melihat telatah kedua-dua selebriti media sosial ini beraksi di video mereka, kini ERA fm Sarawak bawakan secara khas sebuah rancangan yang menggabung­kan kolaborasi kedua-dua mereka.”

Rancangan Ngek Tsai X Ucoppp Show ini bakal disiarkan secara langsung melalui Facebook ERA fm Sarawak pada jam 8 malam ini (25 Mac 2017).

Ngek Tsai dan Ucoppp merupakan dua selebriti sosial media yang popular dengan video-video parodi mereka. Kedua-dua selebriti ini mempunyai jumlah pengikut yang sangat tinggi.

Bagi warga Sarawak pula, nama Ngek Tsai bukanlah asing lagi bagi mereka. Ini adalah kerana Ngek Tsai merupakan anak Sarawak yang popular dengan pelbagai video-video menariknya sama ada melalui Instagram, Facebook dan Youtube.

Telatah Ngek Tsai yang membuatkan para peminatnya tidak kering gusi adalah

 ??  ?? JULUNG KALI: Dua selebriti popular sosial media di Malaysia iaitu Ngek Tsai dan Ucoppp akan bergabung buat julung kalinya dalam Ngek Tsai X Ucopp Show malam ini di FB Live.
JULUNG KALI: Dua selebriti popular sosial media di Malaysia iaitu Ngek Tsai dan Ucoppp akan bergabung buat julung kalinya dalam Ngek Tsai X Ucopp Show malam ini di FB Live.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia