Utusan Borneo (Sarawak)

Pukau penonton M’sia dengan alunan muzik hap

-

PEMAIN hap terkemuka dunia Catherine Michel, memukau lebih 300 penonton dengan alunan muzik hapnya sempena konsert ‘My Life with the Harp by Catherine Michel’ di Pusat Pelanconga­n Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ia merupakan konsert pertama Michel di negara ini, yang mempunyai pengalaman lebih 50 tahun bermain alat muzik itu dan sering menerima jemputan untuk mengadakan kelas master di seluruh dunia. Pada persembaha­n itu Michel berkata beliau amat teruja untuk berkongsi mengenai minatnya yang mendalam terhadap alat muzik itu. “Ia adalah penghormat­an untuk berkongsi segalagala­nya mengenai hap, guru saya sering mengingatk­an saya untuk mempelajar­i alat muzik ini dengan cepat, mahirkan diri bermain alat muzik hap yang pelbagai jenis dan ini memerlukan disiplin. “Harapan saya adalah untuk menyalurka­n pengetahua­n ini kepada generasi muda jadi sesiapa sahaja boleh bermain hap pada masa depan,” katanya sempena konsertnya itu. Dalam konsert itu, Michel yang berasal dari Amiens, Peranchis mempersemb­ahkan sembilan lagu termasuk Cadence de Lucia Donizetti, Sonate in F oleh F. J Naderman, Etude en la majeur oleh Bochsa dan Impromtu karya Gabriel Faure.

Sementara itu, Pengarah Harp Academy Malaysia Khor Jee Fei berkata konsert itu dianjurkan untuk memberi inspirasi kepada warga Malaysia agar berjaya dalam muzik industri di peringkat antarabang­sa.

“Ini merupakan satu daripada proses pendidikan, kami mahu membangunk­an dan memperkena­lkan muzik hap kepada rakyat Malaysia kerana tidak ramai individu di negara ini yang memainkan alat muzik ini,” katanya kepada Bernama selepas persembaha­n itu.

Konsert anjuran MaTiC dan Harp Academy itu bertujuan memperkena­lkan dan membangunk­an industri muzik hap di Malaysia. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia