Utusan Borneo (Sarawak)

Acer Malaysia perkenal tiga peranti permainan bagi kerja, liburan

-

KUALA LUMPUR: Acer Malaysia memperkena­lkan tiga peranti permainan baharu yang direka bagi tujuan kerja dan juga liburan -komputer riba Acer Aspire VX 15, siri monitor Acer KG251Q dan KG271 dan komputer meja Acer Aspire GX781.

Pengarah Produk Acer Sales & Services Sdn Bhd, Johnson Seet, dalam satu kenyataan semalam berkata sebagai peneraju pasaran dalam industri, Acer memang dikenali sebagai penyedia produk yang memiliki inovasi dan prestasi luar biasa.

“Produk kami yang meluas direka untuk menambah baik aspek penggunaan, demi memenuhi keperluan sebenar pelanggan sama ada bagi tujuan kerja atau bermain, dan ini termasuk menginovas­ikan peranti-peranti untuk komuniti peminat permainan video,” kata Seet.

Acer Malaysia berkata komputer riba Acer Aspire VX 15, yang dikuasakan oleh pemproses generasi ketujuh yang terkini Gen Intel ® CoreTM i7 HQ, menawarkan prestasi luar biasa dengan penggunaan bateri yang rendah.

Monitor untuk permainan video Acer KG1, KG251Q dan KG271, adalah monitor pertama Acer yang hadir bersama kadar segar-semula 75-hertz di Malaysia.

Syarikat itu berkata monitor tersebut boleh berfungsi dengan kad grafik yang menyokong FreeSync untuk mengelakka­n skrin daripada koyak, selain meminimumk­an masalah pendaman dan susulan.

“Digabungka­n dengan teknologi Adaptive-Sync, pengguna akan menikmati pen- galaman bermain permainan video dan memainkan semula video yang lancar,” kata Acer Malaysia.

Komputer meja Acer Aspire GX781 dilengkapi dengan pemproses Intel® CoreTM generasi ketujuh, DDR4 RAM sehingga 8GB dan sehingga NVIDIA® GeForce® GTX 1050 untuk menyem- purnakan tugasan grafik yang intensif serta bermain permainan komputer dengan cara terbaik.

Acer Malaysia berkata komputer meja itu mampu menawarkan resolusi visual luar biasa yang mencecah 4K2K dan menyokong sehingga empat paparan pada satu-satu masa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia