Utusan Borneo (Sarawak)

Takaful Ikhlas mahu perkenal platform dalam talian

Galak golongan belia mendapatka­n perlindung­an insurans

-

KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Bhd mahu memperkena­lkan platform dalam talian untuk insurans hayat berjangka yang asas menjelang akhir tahun ini bagi menggalakk­an golongan belia mendapatka­n perlindung­an insurans.

Naib Presiden Kanan, Wan Rosli Shaharuddi­n Wan Yaacob, berkata dengan akses 24/7, 365 hari, platform dalam talian akan mampu menembusi pasaran belia yang sering berjaga malam.

“Generasi Y ( lahir 1980 dan 2000) melakukan segalagala­nya dalam talian sekarang.

“Saya percaya ini adalah salah satu sebab, Bank Negara Malaysia (BNM) menggalakk­an syarikat- syarikat insurans dan takaful untuk menjual produk secara dalam talian,” katanya kepada Bernama.

Beliau yakin platform dalam talian akan menarik golongan belia kerana mereka akan dapat membuat perbanding­an produk terutama dalam kelebihan, polisi dan harga.

Rakyat Malaysia di bawah 35 tahun merupakan kumpulan terbesar di negara ini yang belum dilindungi oleh manamana syarikat insurans.

“Rakyat dalam negaranega­ra maju seperti Jepun dan Singapura menyedari kepentinga­n perlindung­an insurans, tetapi di sini, kita masih kurang kesedaran dan ini menjadi sebab utama kepada kadar penembusan yang rendah di Malaysia,” katanya.

Wan Rosli menafikan harga sesuatu produk insurans menjadi punca utama.

“Ramai yang mampu beli dua telefon bimbit dan mereka mewah berbelanja atau membeli rokok. Mengapa mereka tidak boleh mengetepik­an kira-kira RM150 sebulan bagi kad perubatan yang sudah pasti menjamin kewangan masa depan keluarga dan orang yang tersayang?” kata beliau.

Orang ramai perlu belajar untuk memberi keutamaan, mereka perlu pilih antara rokok atau perlindung­an keluarga.

“Mereka yang dilindungi oleh majikan, masih perlu membeli polisi insurans.

“Jika anda menghidap penyakit kritikal selepas bersara, permohonan untuk anda membeli sebarang polisi insuranns berkemungk­inan besar akan ditolak,” katanya.

Selain itu, polisi insurans terbabit juga akan menjadi terlalu mahal bagi pemohon yang berusia pada 40 atau 50.

“Nasihat saya, adalah, beli insurans apabila anda masih muda dan sihat, anda boleh melakukann­ya sebaik sahaja mendapat kerja pertama anda,” katanya.

Menurut Laporan Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2016, penembusan insurans secara keseluruha­n di Malaysia adalah tidak banyak berubah, dalam lingkungan sebanyak 54 peratus kepada 56 peratus sejak lima tahun lepas.

BNM juga telah menetapkan sasaran kadar penem- busan sebanyak 75 peratus menjelang tahun 2020, selaras dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara berpendapa­tan tinggi.

Untuk mencapai matlamat ini, BNM telah memperkena­lkan Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga (Rangka Kerja Hayat) pada tahun 2013.

Di bawah rangka kerja ini, semua syarikat insurans hayat atau pengendali takaful keluarga perlu menawarkan produk perlindung­an yang bersifat berdiri sendiri dan bebas komisen, seperti insurans/takaful berjangka, penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan melalui sekurangku­rangnya satu saluran langsung seperti platform dalam talian atau kaunter.

Ia menetapkan bahawa produk- produk berjangka perlu disediakan melalui saluran terus mulai 1 Jan 2017, diikuti dengan produk insurans/ takaful penyakit kritikal, perubatan dan kesihatan menjelang 1 Jan 2018. — Bernama

 ??  ?? PROMOSI HEBAT: Jong (tengah) bersama kakitangan lain mempelawa orang ramai datang untuk melihat sendiri jualan Promosi Penghabisa­n Stok Gudang CL Khoon di Batu Kitang.
PROMOSI HEBAT: Jong (tengah) bersama kakitangan lain mempelawa orang ramai datang untuk melihat sendiri jualan Promosi Penghabisa­n Stok Gudang CL Khoon di Batu Kitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia