Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi Penghabisa­n Stok Gudang di CL Khoon Batu Kitang

-

KUCHING: CL Khoon Electronic­s Sdn Bhd kini mengadakan Promosi Penghabisa­n Stok Gudang di premisnya di Batu Kitang bermula 22 hingga 26 Mac ini.

Menurut Pengurus Pemasaran CL Khoon Jong Kah Min, promosi itu menawarkan harga menarik bagi barangan elektrik dan elektronik berjenama seperti Samsung, LG, Panasonic, Philip dan sebagainya.

“Ini promosi pertama bagi suku pertama pada tahun ini yang mana kita menawarkan harga istimewa bagi barangan seperti televisyen, peti sejuk, penyaman udara, mesin basuh dan banyak lagi.

“Jualan promosi penghabisa­n stok gudang ini hanya di premis kita di Batu Kitang sahaja bermula 22 hingga 26 Mac ini yang dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 8.30 malam,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Jong memberitah­u pada promosi itu juga pihaknya mengadakan jualan istimewa bagi produk penyaman udara termasuk jenama Panasonic yang menawarkan hadiah percuma berupa kad minyak Petronas.

Selain itu, katanya, bagi pembelian barangan Samsung terpilih pula, pelanggan akan menerima baucar tunai.

“Kita juga mengadakan jualan murah televisyen Samsung 70 inci yang dijual hanya RM7,799 dan televisyen Samsung 55 inci RM2,929 yang mana pelanggan juga akan diberi baucar tunai RM100 bagi setiap pembelian manamana televisyen tersebut,” jelasnya.

Pada masa sama beliau memberitah­u televisyen jena- ma LG 49 inci juga dijual pada harga istimewa iaitu RM1,699 selain mesin basuh jenama Samsung tujuh kilogram yang dijual pada harga RM639.

“Kita juga ada mengadakan demontrasi memasak bagi produk jenama Philip sepanjang promosi ini,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang jualan promosi penghabisa­n stok itu boleh mengunjung­i CL Khoon di Batu Kitang atau menghubung­i 082-616998.

 ??  ?? PELBAGAI PILIHAN: Antara barangan elektrik yang terdapat di CL Khoon Elektronic­s Sdn Bhd, Batu Kitang.
PELBAGAI PILIHAN: Antara barangan elektrik yang terdapat di CL Khoon Elektronic­s Sdn Bhd, Batu Kitang.
 ??  ?? HARGA ISTIMEWA: CL Khoon Elektronic­s Sdn Bhd terletak di Batu Kitang.
HARGA ISTIMEWA: CL Khoon Elektronic­s Sdn Bhd terletak di Batu Kitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia