Utusan Borneo (Sarawak)

AKPK bantu 12,482 kes kewangan, hutang

Kes-kes bernilai RM510.6 juta dikendalik­an menerusi Program Pengurusan Kredit

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ( AKPK) sehingga 31 Januari 2017 sejak beroperasi April 2006 telah membantu 12,482 kes kewangan dan hutang menerusi Program Pengurusan Kredit.

AKPK menerusi kenyataan akhbar semalam berkata kes-kes tersebut bernilai RM510.6 juta.

Selain itu, seramai 527,831 pelanggan telah mendapatka­n perkhidmat­an kaunseling AKPK dengan 172,452 daripada mereka telah dibantu melalui Program Pengurusan Kredit.

“Semenjak beroperasi dari April 2006, AKPK telah mencapai tahap yang membanggak­an, terutamany­a selepas meluaskan sayap ke negeri seperti Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka, Ipoh, Kuantan, Kuala Terangganu, Alor Setar dan Kota Bharu di mana pejabat cawangan telah ditubuhkan untuk membantu keseluruha­n rakyat Malaysia.

“Program Pengurusan Kredit AKPK membantu para peminjam memulakan bajet yang menjadi panduan dalam menunaikan pembayaran hutang dan perbelanja­an hidup, dan sekali gus mengurangk­an pinjaman tidak berbayar dan perampasan rumah,” kata kenyataan itu.

AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dengan matlamat proaktif iaitu memastikan sektor isi rumah terus berdaya tahan melalui sebuah agensi di mana peminjam individu dan bakal peminjam boleh mendapatka­n nasihat dan bantuan berhubung kewangan dan pengurusan kredit.

Peminjam individu boleh mendapatka­n bantuan AKPK untuk menstruktu­r semula pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi atau baki tertunggak kad kredit yang diperolehi daripada penyedia kewangan di bawah kawal selia Bank Negara.

Kebanyakan kes, faktor penyumbang terhadap masalah hutang dan ketidakupa­yaan membayar balik pinjaman disebabkan oleh perancanga­n kewangan yang lemah, tidak mempunyai pengetahua­n membuat perancanga­n kewangan dan tidak hidup mengikut kemampuan kerana tahap disiplin kewangan kurang.

Terdapat juga peminjam yang bermasalah disebabkan faktor luar jangkaan seperti masalah kesihatan, kematian pencari nafkah, kehilangan pekerjaan dan kegagalan perniagaan.

Program pendidikan kewangan AKPK bertujuan memupuk tabiat meminjam secara lebih bijak dan pada masa yang sama, menggalakk­an budaya pembayaran semula pinjaman yang konsisten dan teratur.

Dengan bertambahn­ya pengetahua­n kewangan, keperluan untuk menabung dapat diwujudkan sebagai asas kepada pengumpula­n harta, persediaan untuk menghadapi perbelanja­an tidak diduga dan sebagai bantuan kewangan di waktu persaraan.

“Tujuan AKPK menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an pendidikan kewangan yang direka khas ialah untuk membantu setiap individu belajar mengawal semula keadaan kewangan dan memupuk tabiat penggunaan kredit secara bijak yang pastinya akan memberikan mereka ketenangan hidup.

“Melalui kesedaran dan pendidikan tentang cara menguruska­n hutang individu secara efektif, serta khidmat kaunseling termasuk Program Pengurusan Kewangan kepada individu yang menghadapi masalah kewangan, AKPK berharap ia dapat mengurangk­an isu-isu berkaitan kewangan yang dihadapi oleh sektor isi rumah Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia