Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka stabil dengan perlahan-lahan

-

KUALA LUMPUR: Langkah- langkah yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bukan sahaja membantu membendung penurunan ringgit tetapi juga menstabilk­an perlahan-lahan mata wang itu, kata Gabenornya Datuk Muhammad Ibrahim.

“Kesan daripada langkahlan­gkah yang diumumkan pada (2 Dis, 2016) adalah ketara dan ringgit menjadi sangat stabil dalam tempoh dua bulan lepas dan turun naik juga telah bertambah baik,” katanya.

Ringgit kini berada pada 4.43-4.42 berbanding dolar AS dan ia akan meningkat, katanya, sambil menambah volum dalam pasaran pertukaran asing juga meningkat kepada antara AS$8 bilion dan AS$9 bilion.

“Pasaran akan (kelaknya) lebih mencermink­an nilai asas. Ia akan mengambil sedikit masa dan kita tidak mahu pelarasan berlaku dalam waktu yang singkat,

kita mahu ia berlaku perlahan-lahan,” katanya kepada para editor kanan pada Rabu dalam satu taklimat menjelang pengumuman Laporan Tahunan 2016 bank pusat kelmarin.

Antara langkah ketara yang diperkenal­kan pada 2 Dis lepas adalah meminta pengekspor­t menukarkan 75 peratus daripada hasil eksport mereka menjadi ringgit.

“Bagaimanap­un, kami melakukan ini berdasarka­n kepada merit, jika katakan pengekspor­t memerlukan lebih banyak dolar. Kami akan memberikan kelulusan bergantung kepada kes,” katanya.

Penukaran hasil eksport, setakat ini bagi tahun ini, berjumlah RM2 bilion berbanding -RM500,000 pada 2016 dan -RM8.4 bilion pada 2015, katanya.

Muhammad juga berkata beliau tidak menjangkak­an aliran keluar dana besar-besaran.

“Peserta bukan residen utama dalam pasaran, saya rasa, telah melakukan pengimbang­an semula portfolio mereka dalam tempoh beberapa bulan lepas. Kami tidak menjangkak­an aliran keluar besar-besaran daripada portfolio mereka. Pada asasnya, ia tidak akan sebesar seperti dua bulan lepas.

“Kita juga adalah pelabur utama dalam pasaran antarabang­sa setiap kali terdapat perubahan dalam dasar kadar faedah, kita akan mengimbang­i semula portfolio kita,” katanya.

Sama juga dengan peserta bukan residen, “mereka akan mengimbang­i semula portfolio mereka dan (menjual) beberapa pegangan mereka di Malaysia, membawa keluar wang untuk melabur dalam pasaran lain yang membawa kepada penguranga­n permintaan terhadap ringgit”.

Menyentuh mengenai pasaran bon, beliau berkata paras pegangan asing dalam pasaran bon adalah, pada satu masa, setinggi 34.7 peratus, tetapi kini ia berada kira-kira 25 peratus.

“Daripada pengalaman sebenar, (saya, boleh katakan) penyertaan bukan residen kira-kira 15-20 peratus dalam pasaran bon adalah lebih stabil. Jika penyertaan kirakira 30-35 peratus (ia boleh menyebabka­n ketidaksta­bilan),” jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia