Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan mendapat manfaat daripada peningkata­n aktiviti M&A

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan meraih banyak manfaat daripada peningkata­n perjanjian penggabung­an dan pengambila­lihan (M&A) di Asia Pasifik dengan pengaliran masuk pelaburan dijangka bertambah tahun ini.

Naib Presiden Persatuan Penggabung­an dan Pengambila­lihan Malaysia (MMAA), Kong Meng Yap berkata, kadar pertukaran ringgit yang rendah, harga komoditi yang stabil serta inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’ China dan ekonominya yang semakin baik, adalah antara faktor yang akan memberi sumbangan kepada prospek positif itu.

“Tahun ini kita melihat peningkata­n dalam paras aktiviti M&A.

“Sekurang- kurangnya dalam empat hingga lima tahun, kita akan melihat kebanyakan volum perjanjian itu akan datang dariapda perniagaan dipacu pengguna, pembuatan, infrastruk­tur dan pembinaan, di samping subsegmen berkaitan infrastruk­tur dan pembinaan,” katanya.

Kong berkata demikian kepada pemberta pada panel perbincang­an Intralinks­MMAA mengenai trend dan prospek untuk aktiviti M& A di Malaysia di sini, semalam.

Menurutnya, teknologi, media dan telekomuni­kasi serta sektor penjagaan kesihatan berpotensi untuk menarik aktiviti M&A di Malaysia.

Mengenai pelaburan, beliau berkata, sumber pengaliran masuk utama dijangka datang dari Eropah dan Asia Utara, terutama Jepun, China dan Korea Selatan.

Menurut laporan terbaharu Peramal Aliran Perjanjian ( DFP) oleh Intralinks Inc yang mengandung­i ramalan setiap tiga bulan trend masa depan pasaran M&A global, aktiviti M&A di Asia Pasifik meningkat 44 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia