Utusan Borneo (Sarawak)

Rombongan Kiddoz Place kagum dengan keunikan Sibu

- Oleh Judan Bungap

PENGALAMAN lima hari empat malam mengunjung­i beberapa tempat menarik di Sibu sememangny­a tidak dapat dilupakan kanak-kanak Semenanjun­g Malaysia yang menyertai rombongan melancong Kiddoz Place.

Samantha Lee, pemilik Kiddoz Place yang merupakan sebuah pusat pembelajar­an kanak- kanak bertapak di Kuala Lumpur berkata, ini adalan lawatan pertama pusat mereka di mana rombongan tersebut turut disertai para ibu bapa dari Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan Kedah.

Katanya, Sibu menjadi destinasi pilihan kerana ia memiliki banyak kelebihan yang tidak terdapat di tempat lain sama ada dari gaya hidup masyarakat yang unik ataupun budaya, warisan dan juga mempunyai pelbagai juadah tradisiona­l termasuk makanan tradisiona­l masyarakat Foochow.

Berkongsi pengalaman tersebut, Lee berkata, pada hari pertama rombongan mereka memilih untuk melawat Pusat Warisan Sibu dan Muzium Hospital Lau King Howe.

“Di sini rombongan dapat melihat sendiri sejarah dan warisan masyarakat Sibu bermula dari zaman pembukaan penempatan di Sibu.

“Kita juga berasa sangat terkejut kerana Sibu mempu- nyai sebuah muzium hospital yang begitu unik dengan pameran peralatan perubatan yang digunakan suatu masa dahulu.

“Muzium ini benar-benar seperti muzium hidup dan tidak akan ada di tempat lain termasuk di Semenanjun­g Malaysia walaupun terkenal dengan pelbagai jenis muzium,” katanya.

Selepas itu, rombongan tersebut tidak melepaskan peluang untuk menyusuri Sungai Rajang menggunaka­n bot tambang bermula dari Tokong Tua Pek Kong hingga Jambatan Lanang dan berpatah balik menuju ke Sungai Igan untuk menikmati suasana perkampung­an di tepi sungai.

Bagi mereka, menaiki bot menyusuri Sungai Rajang adalah satu pengalaman yang berharga kerana sebelum ini mereka hanya menikmati pemandanga­n tersebut dari udara semasa dalam penerbanga­n.

Pada sebelah malam, mereka tidak melepaskan peluang berjalan-jalan di Pasar Malam Sibu.

Di sini, terutamany­a kanakkanak selain ibu bapa mereka sangat teruja malah ada yang terkejut kerana peniaga di tapak pasar malam itu terdiri daripada peniaga berbangsa Melayu yang berkongsi tempat dengan peniaga Cina.

“Suasana harmoni ini sangat menarik malah anak saya sempat bertanya akan pekara ini,” kata Jill Tan, salah seorang peserta rombongan yang juga rakan kongsi Lee.

Untuk makan malam, mereka memilih sebuah restoran lama yang menyajikan pelbagai jenis makanan tradisiona­l Foochow.

Hari kedua, rombongan mereka melawat sebuah tempat pembuatan mi sua di mana mereka bukan hanya melihat cara penghasila­n mi malah turut berpeluang untuk membuat sendiri mi tradisiona­l masyarakat Foochow itu.

Pengalaman ini amat berharga kepada rombongan kanak- kanak bandar yang sebelum ini hanya melihat mi itu dijual di pasar raya sahaja.

Lawatan mereka diteruskan ke sebuah kebun lada di bahagian Sarikei.

Di sini mereka diberi peluang untuk memetik lada selain turut diberi penerangan cara-cara penanaman dan juga merasai lada segar.

Saat-saat yang dinantikan para rombongan menjelma apabila pada sebelah petang mereka mengadakan kunjungan ke rumah panjang di Bawang Assan.

“Kedatangan kami telah disambut dengan adat Iban di mana ia adalah pengalaman pertama kebanyakan ahli rombangan.

“Di sini kami melihat sendiri keunikan adat dan budaya masyarakat Iban serta berasa sangat tertarik dengan budaya lemah lembut dan mesra penduduk rumah panjang.

“Kanak-kanak juga diberi peluang untuk memainkan alat muzik tradisiona­l masyarakat Iban,” ujar Lee sambil berkata pengalaman ini amat bermakna kepada rombongan kanak-kanak sebagai generasi baharu untuk memahami adat dan budaya etnik Sarawak.

Selain Sibu, rombongan tersebut juga mengunjung­i beberapa tempat menarik di Mukah termasuk Lamin Dana dan pasar ikan Mukah.

“Kita tidak akan melupakan pengalaman pertama merasai masakan ulat sagu,” kata Lee sambil ketawa.

Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan tebaloi yang sememangny­a terkenal di Mukah.

Destinasi terakhir rombongan tersebut ialah Pasar Sentral Sibu yang terkenal menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatka­n pelbagai jenis hasil tempatan dan barangan lain.

“Bagi kita (dari Semenanjun­g Malaysia), pasar ini sangat unik dengan pelbagai jenis jualan terutamany­a ayam yang dibungkus menggunaka­n surat khabar.

“Malah ada yang menggelar ini ialah ‘ayam pembaca surat khabar’,” katanya sambil menambah itu adalah keunikan Sibu.

Selepas beberapa hari kunjungan ke Sibu, Lee melihat Sibu merupakan sebuah tempat yang ‘misteri’ dan sangat berbaloi untuk dilawati.

Namun, beliau berharap pihak tempatan akan aktif membuat promosi agar Sibu lebih dikenali masyarakat luar.

“Sibu adalah tempat yang sangat menarik dan unik malah saya berharap Tahun Melawat Sibu 2017 dapat mencapai objektif penganjura­n dan mempromosi­kan lagi Sibu sebagai destinasi pilihan pelancong,” ujarnya sambil berkata, rombongan kedua sampai di Sibu pada 22 Mac dan yang seterusnya pada November akan datang.

 ??  ?? JUMPA LAGI: Rombongan Kiddoz Place merakam kenangan bersama Bubu yang merupakan maskot Tahun Melawat Sibu 2017.
JUMPA LAGI: Rombongan Kiddoz Place merakam kenangan bersama Bubu yang merupakan maskot Tahun Melawat Sibu 2017.
 ??  ?? TERUJA: Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bersamasam­a membuat mi sua. PENGALAMAN BERHARGA: Peserta rombongan berkesempa­tan melihat caracara membuat tebaloi.
TERUJA: Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bersamasam­a membuat mi sua. PENGALAMAN BERHARGA: Peserta rombongan berkesempa­tan melihat caracara membuat tebaloi.
 ??  ?? SERONOK: Rombongan Kiddoz Place menggunaka­n bot tambang menyusuri Sungai Rajang.
SERONOK: Rombongan Kiddoz Place menggunaka­n bot tambang menyusuri Sungai Rajang.
 ??  ?? KENANGAN: Ahli-ahli rombongan merakam kenangan di hadapan Rumah Abell, Bawang Assan.
KENANGAN: Ahli-ahli rombongan merakam kenangan di hadapan Rumah Abell, Bawang Assan.
 ??  ?? DI SINI PUN ADA: Kanak-kanak juga berhibur dengan permainan mencari tebaloi di Pasar Sentral Sibu.
DI SINI PUN ADA: Kanak-kanak juga berhibur dengan permainan mencari tebaloi di Pasar Sentral Sibu.
 ??  ?? PENGALAMAN: Seorang kanak-kanak mencuba membuat mi sua.
PENGALAMAN: Seorang kanak-kanak mencuba membuat mi sua.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia