Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan Mexico ditembak mati

Yang ketiga dibunuh bulan ini, dipercayai angkara kumpulan dadah

-

KOTA MEXICO: Seorang wartawanme­nyiasatkum­pulan dadah ditemui mati di utara Mexico berhampira­n sempadan Amerika Syarikat (AS) kelmarin, adalah yang ketiga yang dibunuh di negara ini bulan ini, kata polis.

Miroslava Breach, 54, dari akhbar La Jornada dan Norte de Juarez, ditemui meninggal dunia di dalam kenderaann­ya dengan beberapa kesan tembakan di kepala di bandar Chihuahua, menurut polis dalam satu kenyataan.

Penyerangn­ya dilaporkan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sedan putih, menurut polis, tanpa penjelasan lanjut.

Breach telah melaporkan tentang jenayah terancang, pengedaran dadah dan rasuah sepanjang karier beliau selama 20 tahun sebagai seorang wartawan di utara Mexico, di mana kumpulan dadah terlibat dalam perang saudara yang berdarah.

Baru-baru ini beliau telah menyiarkan satu laporan mengenai konflik di antara pemimpin kumpulan La Linea, sebahagian daripada kartel Juarez yang berkuasa.

Mexico berada di tempat ketiga di dunia bagi jumlah wartawan yang terbunuh, selepas Syria dan Afghanista­n, menurut kumpulan hak asasi media Reporters Without Borders.

Ia menyatakan 99 wartawan telah terkorban di Mexico di antara 2000 dan 2016.

Wartawan Cecilio Pineda ditembak ketika duduk di dalam sebuah buaian di sebuah tempat cuci kereta di wilayah Guerrero pada 3 Mac, menurut jabatan keselamata­n di negara ini.

Penyunting akhbar Ricardo Monlui Cabrera ditembak mati pada 19 Mac ketika me- ninggalkan sebuah restoran bersama isteri dan anak lelakinya di daerah Veracruz, kata Suruhanjay­a Negara bagi Penjagaan dan Perlindung­an Wartawan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MAUT: Mayat Breach terkulai di dalam keretanya selepas ditembak lelaki bersenjata di Chihuahua, Mexico kelmarin.
— Gambar AFP MAUT: Mayat Breach terkulai di dalam keretanya selepas ditembak lelaki bersenjata di Chihuahua, Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia