Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran tentera AS dituduh sasar ‘lelaki berkulit hitam’

-

NEW YORK: Seorang veteran tentera Amerika Syarikat (AS) berkulit putih dituduh menikam sehingga mati seorang gelandanga­n berkulit hitam berusia 66 tahun di New York telah didakwa kelmarin dengan pembunuhan peringkat kedua sebagai satu jenayah kebencian, selepas memberitah­u polis dia merancang tindakan pembunuhan berdasarka­n kaum.

James Jackson, 28, juga berdepan satu dakwaan bagi jenayah pemilikan sejenis senjata berhubung dengan insiden malam Isnin berhampira­n terminal bas utama Port Authority di bandar tersebut.

Serangan berlaku ketika beberapa bandar utama AS termasuk New York telah dihantui dengan peningkata­n dalam jenayah kebencian.

Polis berkata Jackson telah mengaku menikam Timothy Caughman beberapa kali berhampira­n dengan tempat perlindung­an gelandanga­n di mana mangsa tinggal. Caughman telah berupaya untuk berjalan sejauh dua blok ke sebuah balai polis namun disahkan meninggal dunia di sebuah hospital kawasan.

Jackson – yang telah berkhidmat dalam Pasukan Tentera AS dari tahun 2009 hingga 2012, satu tugas yang termasuk arahan berkkhidma­t di Afghanista­n – telah menyerah dirinya kepada polis di Times Square pada Rabu..

Dia memberitah­u polis dia menganggap pembunuhan itu sebagai “latihan sebelum pergi ke Times Square bagi membunuh lebih ramai lelaki kulit hitam.”

Ia menyatakan dia berasa “marah dengan lelaki kulit hitam yang bercampur dengan wanita kulit putih.”

Bekas anggota tentera itu memberitah­u polis dia telah pergi ke bandar tersebut dengan menaiki sebuah bas dari rumahnya di Baltimore, kira-kira 170 batu hingga ke selatan.

“Secara umumnya dia datang ke sini bagi menyasarka­n lelaki kulit hitam,” Timbalan Ketua William Aubry, ketua skuad detektif Manhattan, dipetik sebagai berkata.

Jackson datang ke New York kerana dia ingin membuat satu kenyataan dalam “media utama dunia,” kata Aubry.

Polis melaporkan menemui pedang milik Jackson, yang mempunyai bilah sepanjang 18 inci, selepas dia memberitah­u mereka di mana untuk menemuinya.

“Pada petang Isnin, seorang lelaki tidak bersalah telah ditikam sehingga mati dalam apa yang kelihatan sebagai satu serangan tidak diprovok dilakukan berdasarka­n kaum mangsa tersebut,” kata Datuk Bandar New York Bill de Blasio pada Rabu lepas.

Pada Rabu lepas, pejabat peguam daerah Manhattan Cyrus Vance telah melancarka­n satu kempen dikenali sebagai “Too New York To Hate” bagi menggalakk­an mangsa dan saksi keganasan terhadap sebuah kumpulan, komuniti atau agama etnik agar tampil ke depan untuk memberikan keterangan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia