Utusan Borneo (Sarawak)

Hong Kong dakwa kapten kapal ‘import’ kenderaan tentera Singapura

-

HONG KONG: Hong Kong kelmarin mendakwa seorang kapten kapal kerana mengangkut sembilan kenderaan pasukan berperisai Singapura tanpa lesen yang sah, yang menjerumus­kan dua bandar tersebut dan China dalam perbalahan diplomatik.

Kenderaan tersebut ditahan di Hong Kong pada November ketika mereka kembali ke Singapura selepas melakukan latihan ketenteraa­n di Taiwan.

Beijing menganggap negara pemerintah­an sendiri Taiwan sebagai sebuah wilayah pemberonta­k yang menunggu penyatuan semula.

Selepas rampasan kenderaan tersebut, China mengemukak­an bantahan diplomatik kepada Singapura mengenai kerjasama ketenteraa­nnya dengan Taiwan.

Kapten kapal pengangkut yang membawa kenderaan tersebut, dikenali dalam dokumen mahkamah sebagai Pan Xuejun, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kowloon Barat di Hong Kong kerana “mengimport komoditi strategik tidak di bawah atau mematuhi lesen”.

Dokumen mahkamah menyatakan Pan, 39, dari tanah besar China, telah “mengimport artikel, iaitu, sembilan kenderaan darat yang direka atau diubah suai secara khusus bagi kegunaan ketenteraa­n.”

Hong Kong melepaskan kenderaan Terrex pada Ja- nuari menamatkan perbalahan diplomatik selama beberapa bulan.

Singapura yang kekurangan tanah telah selama beberapa dekad melatih anggota tenteranya di Taiwan.

Hubungan di antara China dan Singapura sudah tegang sejak diketahui negara kota itu menyokong negara- negara Asia Tenggara lain dalam menentang tuntutan perluasan wilayah oleh Beijing di Laut China Selatan. — AFP TAIPEI: Mahkamah Perlembaga­an Taiwan mendengar satu kes penting semalam yang boleh menjadikan pulau itu tempat pertama di Asia yang membenarka­n perkahwina­n sejantina.

Panel 14 hakim agung mendengar perdebatan berhubung satu undang-undang kontrovers­i yang menurut pengkritik melanggar perlembaga­an kerana ia menghalang penyatuan pasangan gay.

Aktivis yang menyokong dan menentang perkahwina­n sejantina berhimpun di luar mahkamah di Taipei, yang dikawal ketat bagi perbicaraa­n itu.

Dua petisyen untuk tafsiran khas bagi perlembaga­an Taiwan dikemukaka­n kepada mahkamah oleh aktivis hak gay veteran, Chi Chia-wei, dan kerajaan bandar raya Taipei, yang telah menerima semakin banyak permintaan untuk mendaftar perkahwina­n sejantina.

Wakil kerajaan Taipei, Liao Yuan- hao, berhujah, membenarka­n penyatuan gay di bawah undang-undang “tidak akan mengubah inti pati perkahwina­n, tetapi akan mengukuhka­n nilainilai­nya”.

“Masyarakat menyedari orang gay mempunyai keperluan yang sama. Mereka adalah orang biasa yang mahu membina hubungan biasa dan undang-undang seharusnya merangkumi mereka,” katanya kepada mahkamah.

Di pusat kes itu adalah satu fasal dalam Kanun Sivil Taiwan yang menyebut persetujua­n untuk berkahwin seharusnya dibuat di antara seorang lelaki dengan seorang wanita.

Pihak berkuasa di Taiwan telah menolak permintaan bagi perkahwina­n sejantina berdasarka­n fasal ini.

Pembuat petisyen mahu mahkamah memutuskan sama ada bahagian itu dalam Kanun Sivil melanggar elemen dalam perlembaga­an Taiwan yang menjamin kesamarata­an dan kebebasan perkahwina­n.

Namun Menteri Keadilan Chiu Tai-san berhujah bahawa kanun itu tidak melanggar perlembaga­an kerana ia tidak secara khusus melarang penyatuan sejantina.

Beliau juga berkata lebih banyak masa diperlukan untuk mencapai konsensus yang lebih luas mengenai perkahwina­n gay di Taiwan.

“Meminda undang-undang dengan mendadak akan memberi impak kepada susunan sosial,” tambah Chiu.

Perbicaraa­n itu diadakan selepas draf pertama satu rang undang-undang untuk membenarka­n perkahwina­n gay di bawah undang-undang diluluskan oleh Parlimen Taiwan pada Disember lalu.

Rang undang-undang itu sekarang bakal mengadakan bacaan kedua.

Namun proses itu mungkin akan dipintas oleh keputusan mahkamah, yang dijangkaka­n dalam masa dua bulan.

“Keputusan mahkamah perlembaga­an mengikat di bawah undang- undang,” kata Hsieh Kuo-lien, seorang profesor undang-undang di Universiti Kebangsaan Kaohsiung, kepada AFP.

“Jika keputusann­ya memihak kepada aktivis hak gay, ia akan membenarka­n perkahwina­n sejantina di bawah undang- undang,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia