144 penerima pingat dan darjah daripada TYT
KUCHING: Seramai 144 penerima anugerah Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) merangkap Setiausaha Majlis Biodiversiti Sarawak Dr Yeo Tiong Chia mendahului senarai 11 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang ( P. B. K.) daripada Tun Taib.
Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) disampaikan kepada 19 penerima dan sembilan penerima dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bin- tang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.).
Pingat bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) turut menyaksikan 39 penerima manakala bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji ( P. P. T.) dianugerahkan kepada 19 penerima.
Manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.) diterima seramai 47 orang.
Hadir sama, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.