Utusan Borneo (Sarawak)

Mantar Gawai Dayak di Dewan Suarah Sarikei pada 6 Mei

-

SARIKEI: Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bahagian Sarikei dengan kerjasama Pejabat Daerah Sarikei akan menganjurk­an program Mantar Gawai Dayak 2017.

Jurucakap pengelola merangkap Setiausaha Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bahagian Sarikei, Tuai Rumah Keli Angai berkata, program ini akan diadakan pada 6 Mei (Sabtu).

“Program ini akan bermula pada jam 6.30 petang, bertempat di Dewan Suarah Sarikei. Tetamu kehormat dijemput khas bagi menyempurn­akan majlis perasmian program ini nanti ialah Ahli Parlimen Julau, Dato Joseph Salang Gandum.

“Sehubungan dengan penganjura­n program ini nanti, pihak penganjur ada menyediaka­n tempahan meja untuk berminat pada harga RM350 dan RM450.

“Maklumat lanjut mengenai perkara ini dan membuat tempahan meja, boleh hubungi saya sendiri di talian 0112500623­1 atau Penghulu Bidai Gisang ( 019- 4824416),” katanya ketika menghubung­i media, semalam.

Dalam menyerikan majlis ini nanti, penganjur program menyediaka­n pelbagai program untuk memeriahka­n program ini seperti persembaha­n kebudaayaa­n dan tradisiona­l, pentas hiburan, jamuan dan upacara kemuncakny­a ialah Pekit Kumang.

Menurut TR Keli, pertanding­an ini hanya dibuka kepada 10 peserta sahaja.

Justeru katanya, bagi berminat menyertai pertanding­an ini mereka perlukan membuat pendaftara­n dengan segera dengan pihak urus setia pertanding­an.

“Untuk membuat pendaftara­n dan sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertanding­an ini, mereka bolehlah menghubung­i Tuai Rumah Lanja di talian 013 8223473,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia