Utusan Borneo (Sarawak)

BPHB mencapai satu lagi kejayaan, kapal alumina berlabuh di Pelabuhan Samalaju

-

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad ( BPHB) mencapai satu lagi kejayaan yang membanggak­an dan penting apabila kapal alumina berjaya berlabuh dalam panggilan sulung di Pelabuhan Samalaju baru- baru ini.

Detik bersejarah tersebut dipahat oleh kapal terbabit yang memiliki beban berat 28,000 tan dengan panjangnya 180 meter dan kedalaman kapalnya (draft) 9.5 meter.

Kapal yang dinamakan sebagai Mv Four Butterfly berlabuh di Terminal Handymax yang merupakan sebahagian daripada Kemudahan Fasa 1 yang dirancang untuk anak syarikat kumpulan iaitu Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB).

Peranan SIPSB adalah menjadi tulang belakang hab logistik dan pusat saraf bagi perkhidmat­an pelabuhan yang akan memberi khidmat kepada pemain-pemain in- dustri dalam Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) khususnya dalam Taman Perindustr­ian Samalaju.

Pelabuhan yang baharu dibina ini dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Jun tahun ini (2017).

Kemudahan- kemudahan yang disediakan bagi operasi fasa 1 terdiri daripada empat Terminal Handymax dan satu Terminal Serbaguna Handysize.

Terminal Handymax mampu menampung kapal dengan berat muatannya sehingga 50,000 tan, manakala Terminal Serbaguna Handysize pula mampu menampung kapal dengan berat muatan 30,000 tan.

Seperti yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Dato Mohammad Medan Abdullah, SIPSB dijangka mengendali­kan 2.3 juta tan kargo melalui panggilan 145 buah kapal pada tahun ini.

Daya unjuran kargo dijangka berkembang selaras dengan pembanguna­n industri berat di Taman Perindustr­ian Samalaju.

 ??  ??
 ??  ?? PANGGILAN SULUNG: Kapal alumina Mv Four Butterfly dalam panggilan sulungnya berlabuh untuk kali pertamanya di Pelabuhan Samalaju yang merupakan pelabuhan industri baharu yang dibina dan diwujudkan di Taman Perindustr­ian Samalaju.
PANGGILAN SULUNG: Kapal alumina Mv Four Butterfly dalam panggilan sulungnya berlabuh untuk kali pertamanya di Pelabuhan Samalaju yang merupakan pelabuhan industri baharu yang dibina dan diwujudkan di Taman Perindustr­ian Samalaju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia