Utusan Borneo (Sarawak)

Cafe Rosita Hotel Dynasty mampu memberi kepuasan berbuka puasa

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Umat Islam masih tercari-cari tempat berbuka puasa, Cafe Rosita Hotel Dynasty Miri mampu memberi kepuasan kepada mereka dengan tawaran pelbagai juadah berbuka puasa.

Pegawai Eksekutif Pemasaran dan Perhubunga­n Awam Dynasty, Everett Wilson berkata promosi Buffet Ramadan bermula 28 Mei hingga 24 Jun ini.

“Kami masih mengekalka­n harga sama iaitu RM63 bagi dewasa dan RM41 bagi kanakkanak bawah 11 tahun serta menyediaka­n pelbagai juadah berbuka puasa bermula Ahad hingga Khamis,” katanya di sini malam kelmarin.

Pada Jumaat dan Sabtu, pengunjung dihidangka­n dengan Ramadan Muhibah dengan harga RM75 (dewasa) dan RM49 (kanak-kanak).

“Kita mempunyai pelbagai masakan dan juadah berbuka puasa tempatan dan barat bergantung kepada cita rasa pengunjung. Kafe kami dibuka jam 6 petang hingga 10 malam,” jelasnya.

Hotel Dynasty juga turut meraikan pengamal media di sini malam kelmarin melalui majlis berbuka puasa di Cafe Rosita.

Media juga tidak ketinggala­n merasai pelbagai jenis masakan tempatan seperti nasi goreng belacan Thai, kari ayam, daging briyani, acar ikan tenggiri, ayam percik dan sebagainya.

Mereka ingin menempah berbuka puasa di Cafe Rosita boleh menghubung­i 085-420066 atau Bahagian Pemasaran dan Perhubunga­n Awam, 085-421111.

 ??  ?? BERBUKA PUASA: Cef Loius, Everret (lima kiri) dan Pengurus Restoran Cafe Rosita, Eddie Mahdar (dua kanan) bersama media pada majlis berbuka puasa malam kelmarin.
BERBUKA PUASA: Cef Loius, Everret (lima kiri) dan Pengurus Restoran Cafe Rosita, Eddie Mahdar (dua kanan) bersama media pada majlis berbuka puasa malam kelmarin.
 ??  ?? MENYELERAK­AN: Pelbagai juadah berbuka puasa ditawarkan oleh Cafe Rosita Hotel Dynasty Miri.
MENYELERAK­AN: Pelbagai juadah berbuka puasa ditawarkan oleh Cafe Rosita Hotel Dynasty Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia