Utusan Borneo (Sarawak)

Polisi, niat Trump gusarkan sekutu Asia

Mattis cuba yakinkan keperluan kerjasama dengan China tidak pengaruhi tentangan

-

SINGAPURA: Ketua Pentagon Jim Mattis berusaha meyakinkan semula sekutu Asia semalam bahawa Amerika Syarikat ( AS) boleh bekerjasam­a dengan China dalam mengekang program persenjata­an nuklear Korea Utara tanpa melonggark­an penentanga­nnya terhadap peningkata­n aktiviti ketenteraa­n Beijing di Laut China Selatan.

Presiden Donald Trump telah beralih kepada Beijing untuk membantu menekan Pyongyang, mencetuska­n kebimbanga­n meluas bahawa AS akan membiarkan China meneruskan aktiviti maritimnya.

Sekutu lama juga khuatir bahawa Trump dilihat tidak mementingk­an pakatan tradisiona­l ekoran pengundura­n daripada perjanjian dagangan rentas Pasifik dan perjanjian iklim Paris.

Mattis bagaimanap­un cuba meyakinkan semula sekutu AS.

“Dalam aspek keselamata­n, kami mempunyai komitmen mendalam dan mematuhi pengukuhan orde antarabang­sa berasaskan peraturan, hasil usaha sebegitu banyak negara untuk mewujudkan kestabilan,” kata Mattis di Singapura sempena Dialog Shangri-La

Dialogue, sidang kemuncak pertahanan utama bagi negara-negara Asia Pasifik dan sekeliling­nya.

Menyifatka­n cita- cita nuklear Korea Utara sebagai ancaman kepada semua, Mattis menyeru komuniti antarabang­sa bekerjasam­a menangani isu tersebut.

“Pentadbira­n Trump digalakkan oleh komitmen diperbahar­ui Chian untuk bekerjasam­a dengan komuniti antarabang­sa ke arah perlucutan senjata nuklear,” tegas Mattis.

“Pembinaan pulau buatan dan penambahan kemudahan ketenteraa­n ke atas ciri-ciri dalam perairan antarabang­sa menjejaska­n kestabilan wilayah,” tambah beliau lantas membidas China kerana tidak mempedulik­an undang-undang antarabang­sa dan memandang remeh kepentinga­n negara lain.

China menuntut kedaulatan­nya ke atas hampir keseluruha­n kawasan Laut China Selatan di sebalik tuntutan balas ke atas sebahagian­nya oleh Taiwan dan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam.

Ia dengan pantas membina terumbu karang menjadi pulau buatan yang mampu menempatka­n pesawat tentera dan peralatan ketenteraa­n lain.

Anggota delegasi persidanga­n jelas bimbang dengan isu Laut China Selatan dan niat Trump.

Seorang peserta menyoal sama ada Trump tidak mempercaya­i orde wilayah berdasarka­n peraturan, manakala seorang lagi mempersoal sama ada Trump boleh dipercayai berikutan polisinya ‘America First’.

“Bersabarla­h dengan kami.

“Kami akan terus bersama anda,” kata Mattis.

Menteri Pertahanan Jepun Tomomi Inada kemudian berkata, beliau meletakkan kepercayaa­n penuh terhadap AS, satu sentimen yang diakui rakan sejawatann­ya Australia Marise Payne.

Tekanan antarabang­sa ditingkatk­an ke atas Pyongyang kelmarin apabila Majlis Keselamata­n PBB menetapkan sekatan ke atas 18 pegawai dan entiti Korea Utara.

Majlis sebulat suara meluluskan draf resolusi PBB yang meletakkan ketua perisikan, 13 pegawai dan empat entiti dalam senarai hitam sekatan PBB, di mana mereka dikenakan sekatan perjalanan global dan pembekuan aset.

Sementara itu, Mattis turut memberi amaran mengenai ancaman lain di wilayah itu termasuk militan ganas seperti para pejuang Islamic State (IS) yang kembali ke tanah air masing-masing dari Timur Tengah.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SEKUTU RAPAT: Mattis berjabat tangan dengan Menteri Pertahanan Korea Selatan Han Min-koo (kiri) dan Inada (kanan) semasa mesyuarat tiga hala pada sampingan Dialog Shangri-La ke-16 di Singapura, semalam.
— Gambar Reuters SEKUTU RAPAT: Mattis berjabat tangan dengan Menteri Pertahanan Korea Selatan Han Min-koo (kiri) dan Inada (kanan) semasa mesyuarat tiga hala pada sampingan Dialog Shangri-La ke-16 di Singapura, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia