Utusan Borneo (Sarawak)

KASA 2010 BERWAJAH BAHARU

Wee harap ahli exco baharu laksana tugas dengan baik, tingkat kecemerlan­gan persatuan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Renang Amatur Kuching ( KASA) 2010 kini berwajah baharu setelah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) menyaksika­n muka baharu memegang tampuk persatuan itu bagi tempoh 2017- 2018.

Pemilihan menyaksika­n Frankie Lau dilantik presiden baharu bagi menggantik­an Datuk Wee Hong Seng manakala timbalan presiden disandang Kelvin Yeo dan Wee Kheng Sian selaku naib presiden.

Jawatan setiausaha dipegang Mervin Kuek sambil dibantu oleh Tan Tim Kiat. Lily Ting dilantik sebagai bendahari dan Ong Yu Hee selaku penolong bendahari.

Manakala ahli- ahli jawatankua­sa terdiri Clement Chong, Wong Chiew Tung, Liew Shann Chyn, Chan Kok Kwong, Vernon Philip dan Arthur Richard Chan.

Stephanie Ting dilantik sebagai penasihat undangunda­ng sementara Anthony Kong sebagai penasihat.

Sehubungan itu, Wee melahirkan rasa gembira dengan kemunculan mukamuka baharu memegang tampuk KASA 2010 sambil merakamkan tahniah kepada mereka yang terpilih.

Beliau juga berharap semua ahli exco baharu itu memberikan sokongan padu dan melaksanak­an tugas dengan baik.

“Saya telah mengetuai KASA 2010 selama enam tahun dan seperti yang saya beritahu sebelum ini, tugas ini hanya sementara. Jika ada sesiapa yang bersedia berkhidmat, saya amat berbesar hati memberi laluan kepada mereka.

“Hari ini, saya amat gembira kerana dapat me- lepaskan tugas ini kepada exco baharu KASA 2010 yang saya yakini dapat membawa persatuan ini ke satu tahap lebih cemerlang,” katanya.

Wee memberitah­u bahawa beliau masih memegang jawatan presiden Persatuan Renang Amatur Sarawak ( ASAS) sehingga AGM pada tahun depan.

Sementara itu, Frankie melahirkan rasa gembira kerana AGM tersebut berjalan dengan lancar dan berterima kasih kepada semua ahli kerana memberi kepercayaa­n kepadanya menerajui KASA 2010.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang sudi berkongsi masa secara sukarela. Semua yang hadir di sini adalah mereka yang komited untuk memastikan KASA 2010 terus kukuh.

“Setinggi- tinggi terima kasih juga kepada Datuk Wee, Anthony Kong dan Sylvia Lau atas sumbangan cemerlang mereka menerajui KASA 2010 selama ini,” katanya.

Saya telah mengetuai KASA 2010 selama enam tahun dan seperti yang saya beritahu sebelum ini, tugas ini hanya sementara. Jika ada sesiapa yang bersedia berkhidmat, saya amat berbesar hati memberi laluan kepada mereka. Datuk Wee Hong Seng Bekas Presiden KASA

 ??  ??
 ??  ?? PENERAJU BAHARU: Wee (tujuh kanan) mengucapka­n tahniah kepada Frankie (tujuh kiri) sambil disaksikan ahli exco baharu KASA 2010.
PENERAJU BAHARU: Wee (tujuh kanan) mengucapka­n tahniah kepada Frankie (tujuh kiri) sambil disaksikan ahli exco baharu KASA 2010.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia