Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan Gambier akan dibangun semula

Kerajaan akan tambah kemudahan baharu dengan mengekalka­n ciri-ciri sejarahnya: Abang Johari

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan negeri dalam perancanga­n untuk membangunk­an semula kawasan Jalan Gambier di sini sebagai pusat perniagaan baharu dengan mengekalka­n ciri-ciri sejarahnya.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, Jalan Gambier merupakan salah satu daripada kawasan perniagaan penting di bandaraya ini, selain Padungan dengan nilai sejarah.

Disebabkan pertambaha­n kegiatan perniagaan, maka kerajaan negeri katanya mem- punyai perancanga­n jangka panjang untuk membangunk­an semula kawasan itu.

“Kita tidak akan meroboh bangunan atau infrastrut­ur yang sedia ada dalam kawasan ini kerana ia mempunyai nilai sejarah.

“Tetapi apa yang akan

Perancanga­n ini juga ada hubung kaitnya dengan pembanguna­n jangka panjang kita iaitu ke arah ekonomi digital dan juga pembanguna­n transit aliran ringan (LRT). Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

kita lakukan ialah menambah kemudahan baharu dan menjadikan­nya sebagai pusat perniagaan baharu yang dapat menarik kemasukan pelabur.

“Perancanga­n ini juga ada hubung kaitnya dengan pembanguna­n jangka panjang kita iaitu ke arah ekonomi digital dan juga pembanguna­n transit aliran ringan (LRT),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyampaia­n cek sumbangan Ramadan kepada 13 masjid dan surau dalam kawasan N.8 Satok semalam.

Mengulas lebih lanjut mengenai perancanga­n tersebut, Abang Johari berkata ia akan mengambil masa lima hingga 10 tahun untuk kerajaan mengubah wajah kawasan itu.

Antara kawasan yang terlibat dalam pembanguna­n jangka panjang tersebut ialah kawasan Jalan Haji Taha, Jalan P. Ramlee dan juga Padang Pasir.

“Butiran lanjut mengenai projek ini akan saya berikan nanti selepas kerja-kerja perancanga­n awal siap.

“Apa yang pasti kita mahu menjadikan kawasan ini sebagai satu lagi pusat per- niagaan penting selain Padungan, Bandar Baru Batu Kawa (MJC) dan juga Kota Sentosa,” ujarnya.

Terdahulu dalam amanat ringkasnya pada penyampaia­n sumbangan di Pusat Khidmat PBB Satok, Abang Johari berkata kemudahan infrastruk­tur dalam kawasan Satok akan dipertingk­atkan lagi.

Beliau yakin dalam masa tiga tahun ini kawasan Satok akan mempunyai kekuatan ekonomi menerusi Perbadanan Amanah Satok dan Yayasan Bumiputera.

“Hari ini (semalam) saya memberikan sedikit bantuan kepada masjid dan surau dalam kawasan N.8 Satok untuk mereka menjalanka­n aktiviti agama di bulan Ramadan.

“Seperti mana yang selalu saya lakukan, setiap tahun saya akan bersama-sama den- gan masyarakat tetapi tahun ini disebabkan tanggungja­wab lain yang lebih besar, maka saya tidak dapat pergi ke setiap surau dan masjid dalam kawasan saya.

“Tetapi saya akan sentiasa memberi pandangan dan khidmat kepada semua masjid dan surau dalam kawasan Satok ini,” kata Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama wakil masjid dan surau bagi kawasan N.8 Satok yang menerima sumbangan Ramadan semalam.
UNTUK ALBUM: Abang Johari (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama wakil masjid dan surau bagi kawasan N.8 Satok yang menerima sumbangan Ramadan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia