Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal maut, dua parah

Mangsa dipercayai cuba memotong di laluan berselekoh namun tembung dua kereta

- Oleh Jeremy Lanson

SERIAN: Gara-gara cuba memotong di laluan berselekoh, seorang penunggang motosikal terbunuh dan dua lagi parah selepas dirempuh dua kereta yang datang dari arah bertentang­an, kelmarin.

Difahamkan, kemalangan yang meragut nyawa Matteus Bulang berusia 22 tahun dan berasal dari Kampung Lebor itu berlaku di Jalan Tebakang-Muara Mongkos berdekatan Kampung Payau, di sini sekitar jam 8.50 malam Jumaat lepas.

Menurut sumber, mangsa dan dua lagi penunggang motosikal semasa kejadian masing-masing dalam perjalanan dari arah Serian ke Mongkos.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga penunggang motosikal terbabit cuba memotong kereta dari arah Serian ke Mongkos dan telah dirempuh kereta dari arah Mongkos ke Serian yang menyebabka­n seorang daripada penunggang motosikal maut.

“Dua lagi penunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Serian untuk mendapatka­n rawatan,” kata sumber yang turut memberitah­u seorang pemandu kereta juga men- galami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Serian.

Ketua Polis Daerah DSP Aswandi Anis semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Anggota dan pegawai kita juga telah melawat tempat kejadian dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan,” katanya.

Dua lagi penunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Serian untuk mendapatka­n rawatan. Sumber

 ??  ?? CEMAS: Mangsa diberikan bantuan kecemasan di tempat kejadian sebelum disahkan meninggal dunia.
CEMAS: Mangsa diberikan bantuan kecemasan di tempat kejadian sebelum disahkan meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia