Utusan Borneo (Sarawak)

Angin kencang, kemalangan jalan raya rosakkan tiang kabel di Kuala Baram dan Pulau Bruit

-

KUCHING: Dua gangguan kuasa berasingan yang berlaku di Kuala Baram, Miri dan Pulau Bruit semalam diakibatka­n oleh kerosakan pada tiang kabel.

Gangguan kuasa di Pulau Bruit berpunca daripada tiang kabel Ketegangan Tinggi ( HT) di Lepah, Tanjung Manis selepas sebuah kereta melanggar tiang yang membekal kuasa ke Pulai Bruit dan Nanga Semah tersebut.

Insiden sekitar jam 8 pagi itu menjejaska­n sekitar 2,000 pelanggan di kawasan tersebut. Bekalan kuasa kembali pulih menjelang jam 5.30 petang selepas kerja- kerja pembaik pulih selesai.

Sementara itu di Kuala Baram, lima tiang dirosakkan oleh angin kencang yang melanda kawasan itu sehingga menjejaska­n 500 pelanggan di Kampung Masjid dan kuarters Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Pengurus Wilayah Sarawak Energy untuk Miri, Tan Joo Kok dalam satu kenyataan semalam memberitah­u, kerjakerja baik pulih memakan masa berikutan mengambil masa atas kerumitan kerja dan lokasi tiang yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan raya.

“Bagaimanap­un, kesemua lima tiang berjaya didirikan sebelum tengah malam sebelum kita perlu menghentik­an kerja berikutan hujan lebat.

“Memandangk­an keselamata­n pasukan juga keutamaan, kita meneruskan kerja hari ini (semalam) untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan memulihkan bekalan kuasa ke kawasan terjejas,” katanya.

Bekalan kuasa kembali pulih sepenuhnya di Kuala Baram pada jam 3.30 petang.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami kerana memahami keadaan dan mengesali kesulitan yang terjadi terutamany­a pada hari pertama Gawai.

“Pasukan kami sedang berusaha keras untuk membaiki kerosakan dan memulihkan bekalan kuasa secepat mungkin,” kata Tan.

 ??  ?? ROSAK: Tiang HT rosak selepas dilanggar sebuah kereta di Lepah, Tanjung Manis.
ROSAK: Tiang HT rosak selepas dilanggar sebuah kereta di Lepah, Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia