Utusan Borneo (Sarawak)

PRK Pujut: KM tidak tolak kemungkina­n BN guna calon langsung

-

KUCHING: Barisan Nasional (BN) mungkin akan menggunaka­n kaedah calon langsung pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut, 4 Julai ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang tidak menolak kemungkina­n itu berkata, beliau masih memikirkan tentang kaedah tersebut.

Bagaimanap­un, katanya, sama ada kaedah itu akan digunakan atau tidak, ia bergantung kepada keadaan serta keperluan demi kepentinga­n BN.

“Situasi PRK Pujut adalah berbeza dengan pilihan raya yang kita hadapi di Tanjong Datu di mana kerusi Tanjong Datu merupakan kekuatan kita dalam Parti Pesaka Bu- miputera Bersatu (PBB).

“Manakala di Pujut ini, ia merupakan kerusi kuat Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan kita perlu melihat realitinya.

“Tetapi kemungkina­n untuk menang itu masih ada, cuma bukan mudah tetapi dengan kerja keras, yang susah pun boleh jadi senang,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata demikian ketika ditemui selepas penyampaia­n sumbangan Ramadan kepada 13 masjid dan surau dalam kawasan N.8 Satok, semalam.

Ditanya mengenai pemilihan calon, Abang Johari berkata beberapa nama telah dikemukaka­n kepada beliau oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Walau bagaimanap­un, katanya, nama calon yang akan bertanding mewakili BN hanya akan diumumkan sebelum hari penamaan calon pada 20 Jun ini.

Bagi tujuan itu, katanya, BN akan bermesyuar­at dalam masa terdekat sebelum hari penamaan calon bagi membincang­kan perkara itu.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Pujut adalah pada 4 Julai selepas penyandang­nya, Dr Ting Tiong Choon dari DAP dilucutkan keahlian sebagai wakil rakyat oleh Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak baru-baru ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016, Dr Ting menang dengan 8,899 undi dalam pertanding­an empat penjuru menewaskan calon langsung BN Datuk Hii King Chiong, Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia