Utusan Borneo (Sarawak)

BN hadapi cabaran sengit di Pujut

Kerjasama erat komponen BN mustahak, SUPP tiada dana besar: Dr Sim

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: “Pujut bukan kerusi yang boleh dibeli dengan duit,” kata Pengerusi SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian yang cuba menggambar­kan cabaran sengit bakal dihadapi Barisan Nasional (BN).

BN akan meletakkan calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut setelah kerusi itu kosong ekoran Dr Ting Tiong Choon yang hilang kelayakan sebagai Ahli DUN pada 12 Mei lepas.

Dr Sim membayangk­an usaha gigih dan kerjasama erat dalam BN amat mustahak jika ingin kerusi itu menjadi milik BN semula apabila berkata SUPP di bawah kepimpinan­nya tidak mempunyai dana yang banyak.

“SUPP di bawah Dr Sim sangat miskin. Ini Menteri Perumahan belum ada rumah, saya masih tinggal bersama ibu,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaia­n cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada persatuan-persatuan di ibu

SUPP di bawah Dr Sim sangat miskin. Ini Menteri Perumahan belum ada rumah, saya masih tinggal bersama ibu. Datuk Dr Sim Kui Hian Pengerusi SUPP

pejabat SUPP, semalam.

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pihaknya telah mengemukak­an nama daripada parti itu untuk dipertimba­ngkan bertanding di Pujut kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n jumlah nama yang dikemukaka­n.

Menurutnya, Pujut merupakan kerusi tradisi SUPP dan sesiapa yang berasa layak untuk dipertimba­ngkan bertanding menggunaka­n tiket BN sebelum ini perlu mengemukak­an nama kepadanya dan seterusnya menyertai SUPP.

Pada Pilihan Raya Negeri 2016, kerusi Pujut dimenangi Dr Ting daripada DAP selepas menewaskan tiga pencabarny­a - Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Bagaimanap­un Dr Ting pada 12 Mei didapati hilang kelayakan setelah Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh membentang­kan usul terhadapny­a yang menyatakan beliau mempunyai kewarganeg­araan Australia.

Majoriti Ahli DUN pada persidanga­n DUN yang dipengerus­ikan Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar menyokong usul tersebut dan seterusnya menyebabka­n Dr Ting kepada hilang kelayakan.

Selain SUPP, Abang Johari baru-baru ini memberitah­u beliau telah menerima namanama daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang berhasrat untuk bertanding di Pujut.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 Julai, dan penamaan calon pada 20 Jun.

Mengenai MRP, Dr Sim berkata kawasan- kawasan yang diwakili BN bertuah kerana diperuntuk­kan dana bagi membiayai projek-projek kecil dan membantu menampung kos aktiviti-aktiviti persatuan berdaftar.

 ??  ?? BANTU: Hasidah (dua kiri) ditemani Juita (empat kiri) menggaul bubur lambuk sebelum diagihkan kepada penduduk Kampung Sungai Bedil, semalam.
BANTU: Hasidah (dua kiri) ditemani Juita (empat kiri) menggaul bubur lambuk sebelum diagihkan kepada penduduk Kampung Sungai Bedil, semalam.
 ??  ?? TERIMA GERAN: Dr Sim bersama wakil-wakil persatuan dan pertubuhan yang menerima geran MRP daripadany­a di Ibu Pejabat SUPP.
TERIMA GERAN: Dr Sim bersama wakil-wakil persatuan dan pertubuhan yang menerima geran MRP daripadany­a di Ibu Pejabat SUPP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia