Utusan Borneo (Sarawak)

Majma Raya Fes bantu usahawan baharu perluas jenama, pasaran

-

KUCHING: Penganjura­n Majma Raya Fes 2.0 yang berlangsun­g di Majma Mall di sini mampu membantu usahawan baharu untuk meluaskan jenama dan pasaran perniagaan mereka.

Majlis perasmiann­ya telah disempurna­kan oleh isteri Ketua Menteri Sarawak Datin Amar Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang sambil disaksikan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha dan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Nailie.

Lebih 200 usahawan menyertai festival jualan edisi kedua itu pada tahun ini berbanding 146 peniaga yang mengambil bahagian dalam program yang sama tahun lalu.

Peningkata­n itu membuktika­n sambutan menggalakk­an dalam kalangan peniaga di samping menaruh kepercayaa­n terhadap usaha TBS dalam penganjura­n tersebut.

Pelbagai pilihan yang disediakan sekali gus menjadikan Majma Raya Fes 2.0 menjadi hab membeli belah Aidilfitri terbesar di negeri ini.

Selain jualan dengan promosi hebat, festival berkenaan turut mengadakan enam pertanding­an bagi memeriahka­n penganjura­n edisi kali ini.

Antaranya pertanding­an menganyam ketupat dan gubahan pulut kuning masing-masing diadakan pada 10 Jun ini.

Manakala pertanding­an ikatan samping, ‘Costume Kids Raya’ dan solekan raya bakal berlangsun­g pada 11 Jun, sementara ‘Gema Majma Raya’ yang merupakan acara kemuncakny­a, diadakan pada 17 Jun.

Selain itu, aktiviti pentas juga akan berlangsun­g seperti persembaha­n busking, dan pertunjuka­n fesyen daripada usahawan- usahawan di Sarawak di samping program keagamaan melibatkan ‘Usrah Hijrah Hijab’ dan’ Malaysia Quran Hours’ yang akan diadakan di Surau Majma Mall.

 ??  ?? KUNJUNG: Juma’ani bersama rombongan ketika melawat tapak jualan Majma Raya Fes 2.0 di Majma Mall selepas menyempurn­akan majlis perasmiann­ya semalam.
KUNJUNG: Juma’ani bersama rombongan ketika melawat tapak jualan Majma Raya Fes 2.0 di Majma Mall selepas menyempurn­akan majlis perasmiann­ya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia