Utusan Borneo (Sarawak)

400 bungkus bubur lambuk disumbang kepada penduduk Kampung Santubong

-

SANTUBONG: Lebih 400 bungkus dan bekas bubur lambuk disumbangk­an kepada penduduk Kampung Santubong di sini dalam Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS-BERNAS 2017, semalam.

Hadirmenya­mpaikanbub­ur lambuk itu ialah Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai.

Acara yang sinonim diadakan setiap kali bulan Ramadan itu merupakan kolaborati­f bersama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS), Majlis Belia Malaysia (MBM), Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Dr Abdul Rahman berkata, amalan gotong-royong khasnya dalam penyediaan bubur lambuk khusus pada bulan Ramadan dapat mengerat hubungan penduduk kampung terlibat.

Malah, katanya, aktiviti turun-temurun itu juga menjadi aktiviti yang paling dinan- tikan apabila tibanya bulan puasa.

“Budaya ini kita amalkan di kampung sejak zaman dahulu dan harus diwariskan kepada generasi pelapis seperti anak cucu agar ia terus berkekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS-BERNAS 2017 di Dewan Serbaguna Kampung Santubong di sini, semalam.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung SABERKAS juga memberitah­u, selain meringanka­n beban golongan kurang bernasib baik dengan menyediaka­n hidangan itu secara percuma, ia juga dapat meningkatk­an kemeriahan pada bulan Ramadan.

Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung SABERKAS Sarawak Sulhie Salleh, Penghulu Kampung Santubong Suhaili Kifli dan Ketua Kampung Fatimah Hazmi.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Abdul Rahman bersama tetamu jemputan lain menggaul bubur sebagai simbolik perasmian Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS-BERNAS 2017 Zon Santubong, di Kuching semalam.
SIMBOLIK: Dr Abdul Rahman bersama tetamu jemputan lain menggaul bubur sebagai simbolik perasmian Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS-BERNAS 2017 Zon Santubong, di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia