Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian sedang dilaksana untuk realisasi tebingan Sungai Bedil

-

KUCHING: Impian penduduk di Sungai Bedil untuk memiliki tebingan seperti Tebingan Kuching akan menjadi kenyataan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kajian sedang dilaksana bagi membolehka­n projek membina tebingan Sungai Bedil direalisas­ikan.

Menurutnya lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melakukan kajian berkaitan dan pembinaan projek tersebut dijangka bermula tidak lama lagi.

“Saya telah dimaklumka­n bahawa kajian sedang berjalan dan projek akan dilaksanak­an dalam masa terdekat ini.

“Tebingan sungai ini akan dibina dari Kampung Sungai Bedil hingga Kampung Lintang dan apabila siap kelak, ia akan memberi keindahan kepada kampung-kampung ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Cawangan Wanita Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (Dewanita DUBS) di Kampung Sungai Bedil di sini semalam.

“Apabila siap, saya percaya penduduk di sini akan menerima lebih ramai pengunnjun­g sekali gus melonjakka­n ekonomi penduduk di kawasan ini,” tambah Hasidah.

Padamasasa­ma, AhliDewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu menggesa ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Kejiranan Mesra bekerjasam­a terutamany­a dalam mengadakan rondaan di kampung.

“Kita bekerjasam­a untuk memastikan keselamata­n kampung kita, sebab itulah rondaan ini penting untuk memastikan penduduk sentiasa berasa selamat sekali gus dapat membantu mengurangk­an risiko berlakunya jenayah di kawasan kita,” tegasnya.

Terdahulu, Ketua Dewanita DUBS Juita Drap berkata, acara itu merupakan acara tahunan pertubuhan itu di bawah tanggungja­wab sosial korporat.

“Kita akan teruskan usaha seumpama ini bagi membantu mereka yang memerlukan di negeri ini,” ujarnya.

Selain pengagihan bubur lambuk, Hasidah turut menyampaik­an sumbangan Ramadan kepada golongan sasar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia