Utusan Borneo (Sarawak)

Disingkir DUN, Dr Ting fail tindakan mahkamah di Kuching minggu depan

-

MIRI: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon bakal menfailkan tindakan mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuching minggu hadapan terhadap keputusan DUN menyingkir­kan beliau daripada menduduki kerusi DUN Pujut tersebut.

Namun begitu, Dr Ting tidak menyatakan pada hari apa beliau akan ke Mahkamah Tinggi untuk menfailkan tindakan tersebut.

“Saya juga akan menfailkan tindakan mahkamah terhadap kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarka­n oleh Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh kelak.

“Soon Koh telah diberikan masa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut namun sehingga hari ini (semalam) beliau nampaknya tidak memberikan maklum balas,” katanya pada pemberita pada sidang media semalam.

Semalam, Dr Ting membuat laporan polis terhadap Soon Koh berkenaan kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarka­n di akhbar tempatan bahasa Inggeris dan Cina baru-baru ini.

Dr Ting berkata, laporan dibuat oleh kerana kenyataan Soon Koh yang tidak benar, berniat jahat dan berunsur fit- nah menyatakan beliau telah diisytihar­kan bankrap sebanyak dua kali di Australia.

“Walaupun telah diberi amaran dan dinasihatk­an beberapa kali bahawa informasi yang diperolehi Soon Koh itu adalah salah, namun beliau tetap dengan pendiriann­ya untuk tidak memohon maaf.

“Soon Koh seharusnya menyiasat informasi yang diperolehi­nya dengan lebih mendalam sebelum mengeluark­an apa-apa kenyataan mengenai saya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling berharap agar pihak polis dapat menjalanka­n siasatan kes itu dengan adil tidak mengira siapa yang terlibat.

“Mengikut prosedur mahkamah, pengadu mempunyai hak untuk menanyakan status kes selepas empat minggu laporan dibuat.

“Kita bagi peluang pegawai penyiasat untuk menjalanka­n siasatan dan kami berharap akan mendapat jawapan selepas empat minggu siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Pada 23 Mei lepas, Dr Ting melalui peguamnya, Wong King Wei dari King Wei & Associate telah mengeluark­an Surat Tuntutan terhadap Soon Koh menuntut permohonan maaf dan menarik balik kenyataan dalam tempoh tujuh hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia