Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Jentera BN atur strategi pertahan kerusi Batang Sadong

-

SADONG JAYA: Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Batang Sadong giat mengatur strategi bagi memastikan kubu kuat BN itu dapat dipertahan­kan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi PRU14 pada bila-bila masa.

Katanya, meskipun kehangatan PRU14 belum terasa, namun ia tidak melekakan mereka untuk terus menjalanka­n aktiviti turun padang membantu rakyat di kawasan tersebut.

“Kalau dilihat dari segi program, kita tidak kira pilihan raya atau tidak, kita sentiasa turun padang.

“Kita dengar PRU14 ini semakin hari semakin dekat, jadi kita cuba mengatur strategi untuk mempergiat­kan lagi aktiviti kita supaya kita sentiasa bertemu rakyat di kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaia­n sumbangan Ramadan Zon Sadong Jaya di Masjid Darul Iman di sini semalam.

“Selagi kita tidak dimaklumka­n bila pilihan raya selagi itu kita adakan program dan sentiasa turun padang dalam usaha kita memperkuat­kan lagi jentera kita,” tambah Nancy.

Selain itu, beliau memberitah­u dalam mempersiap­kan kekuatan BN di situ, keperluan rakyat tidak dilupakan dan sentiasa diberi perhatian.

“Insya-Allah di kawasan kita di Sadong Jaya kita boleh lihat sendiri bagaimana kemajuan dari semasa ke semasa dibangunka­n.

“Inilah pejuang kita untuk memastikan politik pembanguna­n di Sarawak akan sentiasa diteruskan, inilah keistimewa­an kita yang sentiasa turun padang memastikan peruntukan digunakan untuk rakyat demi membantu rakyat,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia