Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan perkenal mata pelajaran alam sekitar Kementeria­n mahu ketengah kepentinga­n alam sekitar, akan dimasuk dalam silibus jika diterima KPM

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar bercadang memperkena­l mata pelajaran berhubung alam sekitar menerusi sukatan pelajaran di peringkat sekolah dan universiti.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagaimanap­un sebelum sebarang pelaksanaa­n dilakukan, ia harus dibincang dan mendapat persetujua­n daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu.

“Inilah perancanga­n kementeria­n saya (Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar) untuk mengetenga­hkan kepentinga­n menjaga alam sekitar dan jika ia diterima oleh KPM, kita berhasrat mahu memasukkan­nya ke dalam silibus di sekolah-sekolah dan universiti.

“Ia adalah supaya setiap masyarakat bermula dari usia muda mengetahui apakah makna alam sekitar ini dan mengetahui apakah tugas dan tanggungja­wab mereka dalam usaha memelihara alam sekitar sekali gus memahami apakah tugas yang dijalankan pihak kementeria­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kebajikan Bagi Zon Jalan Bako di Masjid Darul Iman Kampung Senari di sini, kelmarin.

Malah beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong percaya, usaha menerapkan pendidikan awal mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar di sekolah adalah salah satu langkah efisien dalam menangani isu berkenaan.

“Kita tidak boleh bernafas jika udara kita kotor, kadangkada­ng kebersihan udara kita tidak boleh lihat dengan mata kasar, debu-debu berterbang­an, padahal debu inilah yang boleh mendatangk­an kesakitan dan kemudarata­n kepada manusia,” jelasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Wan Junaidi memberitah­u, meskipun dunia digemparka­n dengan berita tarik diri Amerika Syarikat (AS) daripada Perjanjian Paris berhubung perubahan iklim baru-baru ini, Malaysia tetap berpegang kuat pada perjanjian yang telah dimeterai pada Disember 2015 itu.

Katanya, apabila AS menarik diri sebagai sebuah negara yang mempunyai pengeluara­n karbon dioksida kedua tertinggi dunia selepas China, ia dibimbangi akan mendatangk­an kesan tidak baik kepada dunia secara keseluruha­nnya.

“Walau bagaimanap­un Malaysia tetap akan terus menangani masalah ini dengan cara kita sendiri sebagaiman­a kita yang telah janjikan kepada masyarakat antarabang­sa,” jelasnya.

Jelasnya lagi, kerajaan akan terus menangani perkara berkenaan meskipun terpaksa membelanja­kan wang yang banyak.

Mengenai majlis itu, seramai 420 penerima dari kalangan ka- langan warga emas, anak yatim, orang miskin dan orang kurang upaya dari Zon Jalan Bako.

Selain menyampaik­an sumbangan, Wan Junaidi berkesempa­tan berbuka puasa bersama penduduk kampung serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah.

Turut hadir ialah isteri beliau Datuk Seri Feona Wan Junaidi, Ketua Kaum Kampung Senari Ali Hamid serta ketua-ketua masyarakat.

 ??  ?? KENANGAN: Wakil Masjid Darul Iman menyampaik­an cenderamat­a kenang-kenangan kepada Wan Junaidi (dua kiri) pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kebajikan Bagi Zon Jalan Bako di Kuching, malam kelmarin.
KENANGAN: Wakil Masjid Darul Iman menyampaik­an cenderamat­a kenang-kenangan kepada Wan Junaidi (dua kiri) pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kebajikan Bagi Zon Jalan Bako di Kuching, malam kelmarin.
 ??  ?? KONGSI NIKMAT: Wan Junaidi ketika menyampaik­an sumbangan kepada para penerima dari Zon Lundu dan Sampadi.
KONGSI NIKMAT: Wan Junaidi ketika menyampaik­an sumbangan kepada para penerima dari Zon Lundu dan Sampadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia