Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan kunjung-mengunjung­i pererat perpaduan: Ahmad Lai

-

MIRI: Amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain pada musim perayaan mampu memperkuku­h perpaduan kalangan rakyat berbagai kaum dan agama.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata perayaan Gawai Dayak disambut masyarakat Dayak di Sarawak turut diraikan bersama masyarakat lain.

“Ini keunikan perayaan di Sarawak tidak kira agama atau bangsa, amalan kunjung-mengunjung­i tetap diteruskan dan disemai di jiwa rakyat,” katanya ketika mengadakan kunjungan rumah terbuka Gawai di Rumah Linggie Belaja di sini malam kelmarin.

Menurutnya, meskipun bulan Ramadan ia tidak menjadi penghalang kepada umat Islam mengunjung­i rumah rakanrakan mengadakan rumah terbuka Gawai.

“Amalan seperti ini perlu diteruskan kerana melaluinya semangat perpaduan kaum kalangan anggota masyarakat dapat disemai selain memahami dan menghormat­i agama dan adat kaum lain,” ujarnya.

Katanya, masyarakat Dayak di Sarawak juga memahami dan menghormat­i umat Islam dan mereka menjemput rakan-rakan Islam hadir di rumah terbuka pada sebelah malam.

“Ini adalah satu simbol perpaduan 1Malaysia diamalkan di Sarawak, kita amat berbangga rakyat Sarawak memahami budaya dan agama masing-masing,” jelasnya.

Beliau menambah, sebagai rakyat berbilang kaum di Malaysia rakyat harus mengekalka­n dan memperkuku­h perpaduan melalui kunjungan musim perayaan.

“Budaya kunjung-mengunjung kalangan masyarakat bukan sahaja pada sambutan Hari Gawai Dayak malah tradisi seperti ini diteruskan pada musim perayaan lain,” katanya.

Menurutnya, kerajaan amat menggalakk­an budaya tersebut diteruskan dan dikekalkan demi memperkuku­h integrasi nasional kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Kita perlu bersyukur kerana berpeluang merayakan semua perayaan di negara ini dalam keadaan aman malah sesuatu perayaan itu bukan hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja tetapi diraikan semua kaum,” katanya.

 ??  ?? RAI BERSAMA: Ahmad Lai (duduk, empat kanan) bersama tetamu dan penduduk Rumah Linggie Belaja meraikan Hari Gawai di Miri malam kelmarin.
RAI BERSAMA: Ahmad Lai (duduk, empat kanan) bersama tetamu dan penduduk Rumah Linggie Belaja meraikan Hari Gawai di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia