Utusan Borneo (Sarawak)

30 masjid, surau DUN Demak Laut terima peruntukan Ihya Ramadan

-

KUCHING: Sebanyak 30 masjid dan surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut menerima peruntukan Ihya Ramadan berjumlah RM129,000.

Disampaika­n oleh ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, majlis penyampaia­n peruntukan diadakan bertempat di Masjid AlHidayah Kampung Bako di sini, Khamis lalu.

Selain masjid dan surau, turut menerima sumbangan kebajikan ialah golongan anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas dari Kampung Bako Hilir dan Bako Hulu.

Malah, Dr Hazland juga menyampaik­an sumbangan kepada persatuan dan pertubuhan di bawah konstituen­si itu termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kejiranan Rukun Tetangga (KRT).

“Majlis penyampaia­n sumbangan ini termasuk dalam acara Program Kembara Ramadan Demak Laut pada tahun ini. Ia akan kami jalankan ke semua kampung dalam konstituen­si ini,” katanya kepada pemberita.

Selain penyampaia­n sumbangan, turut diadakan ialah pengagihan bubur lambuk di setiap ranting dan kampung di kawasan Demak Laut.

Selepas majlis penyampaia­n sumbangan, Dr Hazland menyertai penduduk kampung pada majlis berbuka puasa.

Terdahulu pada hari sama, Dr Hazland meluangkan masa mengunjung­i keluarga malang dalam kejadian kebakaran di Kampung Tabuan Hilir.

Dalam kunjungann­ya itu, beliau menyampaik­an sumbangan berupa wang tunai kepada mangsa kebakaran.

Dalam kejadian kebakaran itu, enam sekeluarga hilang tempat tinggal setelah rumah di Kampung Tabuan Hilir, dekat sini ranap dalam kebakaran kira-kira jam 11.50 pagi Khamis lalu.

 ??  ?? SUMBANGAN IKHLAS: Dr Hazland (berdiri tengah) merakam kenangan bersama barisan penerima sumbangan kebajikan dari Kampung Bako Hilir dan Bako Hulu Kuching baru-baru ini.
SUMBANGAN IKHLAS: Dr Hazland (berdiri tengah) merakam kenangan bersama barisan penerima sumbangan kebajikan dari Kampung Bako Hilir dan Bako Hulu Kuching baru-baru ini.
 ??  ?? BERI PERHATIAN: Dr Hazland (empat kanan) juga mengunjung­i mangsa kebakaran Kampung Tabuan Hilir baru-baru ini dan menyampaik­an sumbangan kepada mangsa.
BERI PERHATIAN: Dr Hazland (empat kanan) juga mengunjung­i mangsa kebakaran Kampung Tabuan Hilir baru-baru ini dan menyampaik­an sumbangan kepada mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia