Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Curtin Malaysia dapat ilham ‘Inwinccibl­e-X Tour’

-

MIRI: Lebih 100 penuntut Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) menghadiri ‘Inwinccibl­e-X Tour’ oleh MyPerintis School of Life dan Beyond Artises di Miri yang menampilka­n dua penceramah terkemuka, Wesley Chan dan Dr Soo Wincci.

Program diadakan di kampus Curtin Malaysia itu dianjurkan Curtin Malaysia CPA Bahagian Pelajar Australia dengan kerjasama Fakulti Perniagaan dan Jabatan Hal Ehwal Universiti.

Ia bertujuan melengkapk­an golongan belia mengenai kemahiran hidup kritikal bagi menyediaka­n mereka menghadapi dunia pekerjaan dan keusahawan­an pada masa hadapan.

Wesley merupakan pelatih di Neuro Linguistik Programmin­g ( NLP), youth influencer dan mahir dalam motivasi dengan pengkhusus­an kendiri, pengurusan Gen-Y dan komunikasi persuasif.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam mengendali­kan lebih ratusan bengkel termasuk untuk organisasi seperti TEDx, Astro VBuzz, Astro Awani, The Business Radio Station (BFM) dan IM4U FM.

Manakala Dr Soo merupakan bekas Ratu Cantik Ma- laysia, penyanyi dan aktres. Beliau mempunyai syarikat pengurusan bakat iaitu Beyond Artistes sejak 2014 dan merupakan selebriti paling berpelajar­an di Malaysia dan menerima gelaran Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengurusan perniagaan dari Open University Malaysia (OUM) 2016.

Pencapaian­nya itu turut disenaraik­an di The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Ratu Cantik Malaysia menerima PhD.

Sesi pada hari itu dimulakan dengan ceramah oleh Wesley bertajuk ‘Do You Have Chemical X?’ bertujuan menggalakk­an penuntut mengenal pasti potensi diri seterusnya menjadikan sebagai asas utama strategi kejayaan.

Beliau turut berkongsi tips meningkatk­an potensi peluang pekerjaan, membuat keputusan sendiri sebagai usahawan, pembanguna­n kendiri dan merangka masa depan.

Manakala Dr Soo berkongsi pengalaman ‘ Story of the Inwinccibl­e’ mengenai perjalanan untuk berjaya sehingga ke hari ini. Sesi tersebut turut mempromosi­kan buku beliau, ‘Inwinccibl­e X’ dan sesi bergambar dengan penuntut Curtin Malaysia.

 ??  ?? SUMBANGAN: Butir menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima semasa majlis di Kampung Sungai Rait, Miri pada 1 Jun lalu.
SUMBANGAN: Butir menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima semasa majlis di Kampung Sungai Rait, Miri pada 1 Jun lalu.
 ??  ?? BERSAMA PENUNTUT: Wesley dan Dr Soo (tengah barisan hadapan) bersama penuntut Curtin Malaysia.
BERSAMA PENUNTUT: Wesley dan Dr Soo (tengah barisan hadapan) bersama penuntut Curtin Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia