Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam, polis harus kerjasama tangkap individu jual mercun, bunga api

-

MIRI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) perlu bekerjasam­a bagi menangkap individu yang menjual mercun dan bunga api secara terbuka pada musim perayaan.

Aktivis sosial, Wan Zain Syed Mohdzar berkata keduadua agensi itu perlu agresif menangkap individu memiliki, menyimpan, menjual atau bermain mercun serta bunga api secara terbuka.

“Apabila tiba sahaja musim perayaan terdapat individu yang berani menjual mercun secara terang- terangan di khalayak seolah-olah tiada pemantauan penguat kuasa,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, bermain mercun bukan budaya orang Melayu beragama Islam sebaliknya merupakan budaya dan tradisi masyarakat Cina semasa menyambut Tahun Baharu Cina.

“Tidak perlulah orang Melayu bermain mercun kerana ia bukan budaya kita malah rata- rata kes letupan mercun melibatkan orang Melayu berbanding kes melibatkan kaum Cina,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, agensi-agensi kerajaan perlu mengenakan tindakan lebih tegas termasuk menggunaka­n akta sedia ada memantau perjualan mercun secara terbuka kepada orang ramai.

Pada masa sama, agensiagen­si kerajaan juga perlu memantau semua jalan tikus di kawasan sempadan bagi kes-kes penyeludup­an mercun dari negara jiran.

“Mercun tidak akan sampai ke Sarawak sekiranya tiada permintaan dan kerajaan perlu mengawasi kawasan sempadan supaya tiada kes penyeludup­an mercun secara berleluasa,” katanya.

Menurutnya, pengawasan bukan sahaja perlu dilakukan di sempadan tetapi juga di kawasan perumahan dan kampung-kampung khasnya di kawasan kediaman orang Melayu.

“Individu memiliki bekalan mercun akan menjual bahan letupan itu apabila mendapat permintaan tinggi, terutamany­a di kampung-kampung dan kawasan perumahan majoriti Melayu,” katanya.

 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia