Utusan Borneo (Sarawak)

RM5j PMR dilaksana di Batang Sadong tahun lalu

Maklumat dihebahkan agar rakyat mengetahui ke mana pergi peruntukan disalurkan kerajaan: Nancy

- Oleh Rusnan Mustafa

SADONG JAYA: Sejumlah RM5 juta dibelanjak­an tahun lepas di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi kawasan Parlimen Batang Sadong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia melibatkan sebanyak 97 projek terdiri daripada 57 projek berbentuk pembekalan dan 40 lagi projek pembinaan.

“Saya ingin berkongsi pembanguna­n yang telah kita bina di bawah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan. Pada 2016, sebanyak 97 projek di PMR bagi Parlimen Batang Sadong dengan peruntukan berjumlah RM5 juta telah dilaksanak­an.

“Bagi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Simunjan, sebanyak RM1.6 juta diperuntuk­kan bagi projek PMR, manakala DUN Sadong Jaya sebanyak RM1.2 juta dan sebanyak RM1.7 juta bagi DUN Gedong,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Ramadhan Zon

Saya beritahu anda tentang apa yang telah laksanakan untuk memudahkan rakyat di kawasan ini mengetahui ke mana peruntukan yang telah dibelanjak­an. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sadong Jaya bertempat di Masjid Darul Iman, Sadong Jaya di sini semalam.

Nancy memberitah­u, peruntukan itu antaranya melibatkan projek naik taraf masjid dan surau, pembinaan bangunan baharu dan dewan, membekalka­n peralatan binaan dan sekolah.

Tambah beliau lagi, ratarata projek yang telah dilaksanak­an siap sepenuhnya.

“Saya beritahu anda tentang apa yang telah laksanakan untuk memudahkan rakyat di kawasan ini mengetahui ke mana peruntukan yang telah dibelanjak­an,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an penduduk Sadong Jaya agar menjaga keadaan masjid dan surau sebaik-baiknya.

Jelasnya, sudah menjadi amanah untuk masyarakat Islam menjaga harta yang disediakan kepada agar ia dapat memberi manfaat berpanjang­an kepada seluruh umat di kawasan berkenaan.

“Bukan itu sahaja, kita harus ingat bahawa masjid dan surau juga merupakan tempat yang sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara dan ia secara tidak langsung menjadi produk pelanconga­n di negara ini.

“Kita sebagai orang Islam harus mengikut apa yang dianjurkan oleh agama Islam untuk sentiasa menjaga kebersihan, maka jagalah imej Islam kerana saya mahu memastikan orang Islam menjadi ‘role model’ kepada masyarakat di luar sana,” tegasnya.

Pada majlis itu, seramai 307 orang menerima sumbangan merangkumi anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, OKU dan orang kurang berkemampu­an.

Bantuan itu turut disumbangk­an oleh National Aerospace and Defence Industrie (NADI) berjumlah RM15,500.

Selain itu, sebanyak 12 masjid dan surau Daerah Sadong Jaya menerima sumbangan RM5,000 (masjid) dan RM3,000 (surau).

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Tepus dekat Selangau. Harris (tiga kiri) menyerahka­n replika cek kepada seorang penerima di
GUNAKAN SEBAIKNYA: Tepus dekat Selangau. Harris (tiga kiri) menyerahka­n replika cek kepada seorang penerima di
 ??  ?? TERIMA KASIH: Nancy (barisan belakang, tengah) ditemani Aidel merakam kenangan bersama penerima sumbangan Ramadan Zon Sadong Jaya di Masjid Darul Iman semalam.
TERIMA KASIH: Nancy (barisan belakang, tengah) ditemani Aidel merakam kenangan bersama penerima sumbangan Ramadan Zon Sadong Jaya di Masjid Darul Iman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia