Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan merokok di taman awam kini masuk ke fasa penguatkua­saan

-

SIBU: Jabatan Kesihatan Sarawak menguatkua­sakan larangan merokok di tamantaman awam mulai 1 Jun lalu selepas tiga bulan tempoh didikan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim berkata orang awam yang merokok di taman-taman awam kini akan dikompaun.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Sarawak memberi tempoh didikan selama tiga bulan untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai agar tidak merokok di tamantaman awam.

“Bermula 1 Jun lalu, kita menjalanka­n aktiviti pen- guatkuasaa­n. Bagaimanap­un, Jabatan Kesihatan Sarawak ( bersama pihak berkuasa tempatan) tidak meletakkan pegawai penguat kuasa sepanjang masa di taman awam.

“Sebaliknya, pasukan penguatkua­saan kita menjalanka­n operasi pada bila-bila masa.

“Mereka yang melanggar arahan dikenakan kompaun RM250 dan jika mereka gagal menjelaska­n denda itu dalam 30 hari, tindakan mahkamah diambil, mereka dikenakan denda lebih RM10,000 atau penjara lebih dua tahun,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Beliau berkata, pada masa kini terdapat 76 taman awam yang diwartakan sebagai tempat larangan merokok seluruh Sarawak.

Bagaimanap­un, jumlah tersebut akan ditambah jika terdapat keperluan di kawasan-kawasan lain.

Oleh itu, beliau menasihatk­an orang awam supaya tidak merokok di kawasan yang diwartakan kawasan larangan merokok.

“Pada masa sama, kita menggesa perokok supaya menghormat­i pengunjung lain beriadah di kawasan taman awam bersama keluarga di samping mengelak kesan sampingan asap perokok kepada orang lain,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) telah meletakkan papan tanda ‘Dilarang Merokok’ di 25 taman awam di sini.

Timbalan Pengerusi MPS, Rogayah Jamain berkata ini selaras dengan perwartaan taman awam sebagai kawasan bebas asap rokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia